Pasangan bergaduh

Macam-macam usaha telah dilakukan, tetapi jodoh masih juga tak nampak bayang. Bukan sudah penat untuk berusaha, tetapi tidak mahu beri hati pada orang yang salah dan tidak mahu dikecewakan lagi membuatkan seseorang malas untuk mencari jodoh.

Tidak semua orang bernasib baik mengenai jodoh ini, ada yang datang pada usia yang muda bahkan ada juga yang datang saat sudah berumur. Tidak kiralah apa pun, jodoh itu akan datang pada waktu yang tepat.

Buat orang yang masih lagi tidak nampak jodoh, bukan bermaksud anda perlu berhenti berusaha. Akan tetapi tetap terus berusaha dan tambah dengan amalan ini. Barulah jiwa tak kosong dan sunyi malah perkara lain juga terjaga.

Jodoh Tak Nampak Bayang
gambar hiasan

1. Mencari Cinta Allah

Ini adalah hal terpenting yang perlu dilakukan oleh sang penggali cinta. Mana mungkin seorang manusia mengabaikan cinta Allah melebihi cinta kepada perkara-perkara lain. Dalam mencari cinta Allah, kita hendaklah memperbaiki diri, banyak berbicara dengan Allah (selalu membaca al-Quran), dan merintih pada-Nya disaat malam. Dengan ini, mudah-mudahan Allah melancarkan urusan mencari cinta manusia. Kerana hati manusia juga adalah milik-Nya.

2. Makan sedikit

Yahya bin Mu’az berpesan: “berjidahlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).” Salah satu latihan yang perlu dilakukan oleh sang pencari cinta adalah sedikit makan. Bagi yang belum bertemu jodoh, kita dianjurkan untuk berpuasa. Mengapa puasa adalah latihan terbaik untuk kita? Ini kerana puasa dapat membantu menahan syahwat seseorang.

Rasulullah bersabda: “Orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yang paling kenyang di akhirat” [Riwayat Tabrani]

3. Memerangi Syahwat

Dalam hal ini, Allah memerintahkan kita agar mengawal pandangan. Seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nur: ayat 30 yang bermaksud “Perintahkan kepada para mukminin supaya mengawal sebahagian dari pandangan mereka.”

Baca juga : 17 Tanda Lelaki Suka dan Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda

Artikel Berkaitan : Kahwin Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri

Pasangan Serasi

4. Sabar

Hah. Ini cabaran terbesar sang pencari cinta. Mana tidaknya. Orang tua, sanak saudara sering saja mengajukan soalan yang sama apabila bertemu. Apa soalannya? Bila kamu nak kahwin? Huh. Ini soalan maut. Jadi, apa perlu dilakukan? Cool je. Kita mesti yakin bahawa jodoh itu ketentuan Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

5. Doa dan Usaha

Untuk mendapatkan jodoh, doa dan usaha itu sangat penting. Banyak doa-doa yang dianjurkan agar mendapatkan jodoh dan zuriat yang baik. Maka, amalkan dari sekarang. Doa setiap hari, setiap kali selepas solat atau saat berasa sedih memikirkan hal jodoh.

Jodoh masih tak nampak bayang lagi, kita teruskan usaha. Jodoh akan datang pada waktu yang tepat, jangan pernah berhenti berdoa.

Dengan izin Allah SWT, semoga kita ditempatkan dalam kalangan pergaulan dengan orang-orang yang baik sekali gus mendekatkan dan mempermudahkan jodoh yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge