Chef Gordon Ramsay Restaurant

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai sebuah ciapan yang dikongsikan oleh seorang individu berhubung gaji pekerja di restoran Gordon Ramsay yang mewah. Ramai yang sedia maklum beliau adalah cef selebriti popular pada tahap antarabangsa, .

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berkongsi beberapa tangkapan skrin yang memaparkan peluang pekerjaan di restoran berkenana beserta gaji yang ditawarkan.

Berdasarkan ciapan tersebut, difahamkan gaji pelayan bermula sebanyak RM1,500 manakala sous chef pula sebanyak RM5,500.

Harga makanan Restoran Gordon Ramsay

“Restoran Gordon Ramsay di Malaysia kenakan pelanggan RM300 bagi satu hiris beef Wellington, RM40 untuk mashed potatoes, dan RM36 air dalam botol.

Beef Wellington

“Tetapi bayar gaji waitstaff hanya RM1.5k, sous chef RM5.5-7k. Eksploitasi negara ketiga untuk tenaga buruh,” tulis individu itu.

Baca juga : Restoran Mamak Cari 30,000 Orang Pekerja Isi Kekosongan

Nama penuhnya ialah Gordon James Ramsay OBE ini ialah seorang tukang masak, pemilik restoran, personaliti televisyen dan penulis Inggeris. Gagasan restoran miliknya iaitu, Gordon Ramsay Restaurants, diasaskan pada 1997 dan telah dianugerahkan 16 bintang Michelin secara keseluruhan.

Beliau menjadi terkenal dalam siri mini televisyen British Boiling Point pada tahun 1999. Dan Gordon Ramsay menjadi salah seorang chef yang paling terkenal dan paling berpengaruh di United Kingdom.

Gaji kerja Restoran Gordon Ramsay
Kerja di Restoran Gordon Ramsay

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut mempersoalkan mengenai isu peluang pekerjaan yang ditawarkan itu.

Malah, ada dalam kalangan mereka turut mempertikaikan sama ada pihak Gordon sendiri ataupun pengurus tempat berkenaan yang sengaja berbuat demikian.

Baca juga : Ini 5 Cara Orang Cina Pesan Makanan Seafood di Restoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge