Solat Makkah

Kerajaan bersetuju memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kebanyakan jemaah yang pulang daripada mengerjakan umrah telah memohon menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh tujuh hari kuarantin.

Apabila berlaku tidak kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kes-kes positif Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah telah menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

Ketidakpatuhan kepada prosedur kuarantin di rumah atau tempat kediaman juga telah mendedahkan ahli keluarga serumah atau jiran tetangga dan sanak saudara yang datang menziarah, kepada jangkitan Covid-19.

Umrah 2021

Satu perbincangan khas telah diadakan pada 31 Disember 2021 bersama beberapa agensi yang terlibat dalam pengurusan jemaah umrah; seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Pengangkutan (MOT), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH).

Selanjutnya beberapa cadangan diputuskan iaitu menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari 2022 di mana tidak ada perjalanan mengerjakan umrah selepas 8 Januari 2022 sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.

Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa 1 Januari 2022 selain kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak NADMA bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari 2022.

tangguh umrah 2022

Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak NADMA apabila tiba di Malaysia.

Penilaian risiko situasi C0VID-19 varian 0micron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan 0micron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes C0VID.

Langkah itu juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti umrah boleh dibenarkan semula.

Bagi jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia, mereka perlu mematuhi perkara-perkara berikut iaitu melakukan ujian pengesanan C0VID-19 RT-PCR dua (2) hari sebelum tarikh berlepas, melakukan ujian RT-PCR pada hari ketibaan, menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian selama tujuh hari di stesen kuarantin dan sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan C0VID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag, melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima dan jemaah umrah hanya akan diberi pelepasan dari perintah pengawasan dan pemantauan pada hari kelapan, sekiranya tiada pelanjutan kuarantin dan keputusan ujian RT-PCR pada hari kelima adalah negatif.

Baca juga : Cubaan Serang Khatib Solat Jumaat di Masjidil Haram

Perantin Pengesanan Digital

Individu yang dikuarantin tidak dibenarkan menerima kunjungan daripada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga semasa dalam tempoh kuarantin bagi mengelakkan penularan jangkitan C0VID-19 kepada ahli keluarga, dan seterusnya kepada komuniti.

Kegagalan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah akta yang sama.

Sehingga 30 Disember 2021, seramai 11,108 jemaah umrah telah tiba di Malaysia dan 1,306 daripadanya atau 11.76 peratus telah dikesan positif C0VID-19.

Daripada jumlah tersebut, ujarnya 592 dikesan positif pada ujian pertama semasa hari ketibaan di Malaysia dan 714 kes dikesan positif pada ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin.

Daripada 64 kes jangkitan C0VID-19 varian 0micron itu, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

Baca juga : 10 Perkara Tentang Riyadh Season 2021 Yang Mengejutkan!

Pesta Riyadh Season 2021

Perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah dari pelbagai negara semasa di Arab Saudi mendedahkan para jemaah ini kepada risiko tinggi mendapat jangkitan C0vid-19 termasuk varian 0micron.

Situasi itu menyukarkan para jemaah untuk mematuhi SOP umrah yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Jemaah umrah juga berkemungkinan telah dijangkiti semasa berada di Arab Saudi tetapi masih dalam tempoh inkubasi jangkitan menyebabkan ujian saringan sebelum bertolak balik ke Malaysia masih negatif.

Bilangan ketibaan jemaah umrah Malaysia yang ramai iaitu kira-kira 800 ke 1,000 sehari (menggunakan empat penerbangan khas) meningkatkan lagi risiko pengimportan kes C0VID-19 dan varian 0micron ke dalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge