Kereta Hitam

Siapa yang tak takut kalau kereta yang mereka pandu tiba-tiba tersengguk-sengguk atau bergegar. Kereta bergegar semasa tidak bergerak pun dah buat kita risau, apatah lagi kalau kereta tersengguk semasa dipandu yang boleh mengejutkan kita dan menyebabkan kereta hilang kawalan. Jadi, apa sebenarnya punca kereta tersengguk-sengguk ini? 

Punca kereta tersengguk-sengguk ini ada beberapa sebab sama ada penapis udara yang kotor ataupun pengubah bermangkin tersumbat. Jika dibiarkan lama-lama, pelbagai masalah lain boleh timbul di kemudian hari. 

Kereta anda boleh tersengguk sama ada ketika kereta sedang bergerak ataupun kereta sedang berhenti. Apabila ia tersengguk, kereta akan jadi susah untuk bergerak ke depan walaupun pedal minyak dah ditekan. Ini mungkin punca mengapa kereta anda boleh tersengguk-sengguk: 

Bateri kereta rosak

Kereta Tersengguk Ketika Dipandu

Bayangkan anda sedang memandu pada kelajuan yang tetap di atas jalan raya dan tiba-tiba kereta anda tersengguk. Apa yang berlaku adalah kereta anda akan bergegar dengan kuat sebelum kembali normal atau dalam kes lain, terhenti seketika sebelum tiba-tiba kereta anda meluru ke depan apabila anda menekan pedal minyak. 

Ini boleh jadi menakutkan lagi-lagi jika ada kereta lain berhampiran anda yang sedang memecut laju. Penyebab masalah ini termasuklah pemancit minyak (fuel injector) yang rosak atau sensor aliran udara yang bermasalah ataupun penapis udara yang kotor. 

Masalah Berlaku Ketika Memecut

Ini yang banyak terjadi iaitu kereta tersengguk ketika mula bergerak setelah berhenti. Apabila ini terjadi, kereta jadi susah untuk bergerak walaupun anda dah pijak pedal minyak dan kemudian tiba-tiba kereta meluru ataupun kereta jadi bergegar walaupun tadi kereta susah nak bergerak. Punca bagi masalah ini adalah disebabkan kabel pendikit (throttle cable) rosak, palam pencucuh dah haus ataupun pemancit minyak rosak. 

Ketika Kereta Tak Bergerak(Idle

Kadang-kadang, kereta anda boleh tersengguk, bergegar, berdetar walaupun tidak bergerak. Kalau bergegar sedikit itu mungkin biasa terutama bagi kereta lama tapi jika kereta bergegar teruk, ia mungkin berpunca daripada masalah struktur seperti sesendal yang dah haus atau pendakap enjin yang dah rosak. 

Walaupun jarang berlaku, selain daripada bergegar dan tersengguk, enjin kereta anda juga boleh semput. Jika kereta anda dalam keadaan begini pada RPM yang rendah, mungkin ia disebabkan palam pencucuh atau sensor pendikit yang rosak. 

Berlaku Ketika Membrek 

Masalah ini jarang berlaku tetapi ia tetap berbahaya. Kereta yang tersengguk ketika membrek boleh bergegar dengan teruk semasa berhenti. Kereta anda mungkin sudah kekurangan daya untuk berhenti yang boleh menyebabkan kemalangan lagi-lagi jika anda tak boleh berhentikan kereta anda apabila diperlukan. Jika kereta anda tersengguk ketika membrek, cakera/rotor brek kereta anda mungkin dah meleding atau ada serpihan pada brek kereta. 

Kenny Carsome

Punca Kereta Tersengguk-Sengguk? 

Perkara tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Walaupun ada yang boleh dibaiki seperti menukar penapis udara, ada punca yang perlu diberikan lebih perhatian. Banyak punca yang menyebabkan kereta anda tersengguk boleh mencetuskan lampu amaran enjin, jadi ini merupakan antara tanda yang boleh anda kesan. 

Palam Pencucuh Yang Rosak atau Haus

Palam pencucuh berfungsi mencetuskan arus elektrik daripada sistem pencucuhan ke kebuk pembakaran. ‘Cucuhan’ ini yang mencetuskan pembakaran campuran udara termampat dan bahan api yang kemudiannya menggerakkan omboh dalam silinder enjin. Jika palam pencucuh rosak, bahan api tidak boleh dicucuh dengan betul dan silinder tidak akan bergerak. 

Silinder yang tidak bergerak inilah yang menyebabkan kereta anda tersengguk apabila kereta mula bergerak sambil mengekalkan kelajuan kereta dan juga gegaran ketika kereta tidak bergerak. Mujur masalah ini boleh diatasi dengan menukar palam pencucuh yang tidak mahal dan sepatutnya ditukar ketika servis kereta. 

sebab kereta tersengguk

Penapis Udara Kotor

Penapis udara berfungsi mengelakkan kotoran dan serpihan dalam udara daripada memasuki enjin. Jika ia kotor, aliran udara jadi tersekat lalu mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam enjin. Ini menyebabkan nisbah oksigen-kepada-petrol di dalam enjin jadi tak seimbang yang menyebabkan enjin tak hidup. Hasilnya, kereta anda akan tersengguk dan tersentak terutamanya ketika kereta bergerak. 

Kebanyakan masanya, enjin boleh mengatasi masalah ini dengan membakar lebih petrol untuk menghasilkan jumlah tenaga yang sama tetapi ini akan menjejaskan kecekapan petrol. Untuk mengelakkan ini terjadi, penting untuk menukar penapis udara setiap kali kereta diservis. 

Penapis Minyak Kotor 

Sama seperti penapis udara, penapis minyak menyaring sebarang kotoran dan serpihan dalam petrol. Jika ia kotor, ia boleh menyekat minyak untuk masuk ke dalam enjin menyebabkan kereta anda tersengguk. Walau bagaimanapun, penapis minyak yang kotor juga boleh mencetuskan masalah lain seperti mengurangkan prestasi enjin ketika kereta dipecut, enjin mati ketika memandu, dan kereta susah nak dihidupkan. 

Jika tidak diperiksa, penapis minyak yang kotor boleh menyebabkan komponen lain dalam sistem bahan api gagal berfungsi. Contohnya, pam minyak terpaksa bekerja lebih keras untuk menyalurkan lebih banyak minyak kepada enjin yang boleh menyebabkan ia menjadi panas dan rosak. 

Pemancit Minyak (Fuel Injector) Tersumbat 

Pemancit minyak berfungsi mengalirkan minyak pada kadar yang sama ke dalam silinder enjin kereta. Apabila pemancit minyak tersumbat, ia tidak dapat menyalurkan petrol pada jumlah yang betul dan tepat. Hasilnya, petrol tak dapat dibakar dengan betul dan menyebabkan enjin tak hidup. Masalah yang disebabkan pemancit minyak tersumbat jarang-jarang berlaku tetapi masalah pemancit minyak ini boleh menyebabkan masalah kegagalan enjin jadi, jangan abaikannya. 

ntuk mengelakkan pemancit minyak tersumbat, ia boleh dicuci dengan pencuci pemancit petrol – cuma perlu tuangkan pencuci tersebut ke dalam tangki minyak mengikut arahan pada pembungkusan dan dah siap. Anda juga boleh merujuk kepada mekanik terdekat untuk tahu lebih lanjut mengenai pencuci pemancit petrol yang disarankan. 

punca kereta tersengguk

Sensor Aliran Udara Tak Berfungsi 

Sensor aliran udara mengukur jumlah udara yang masuk ke dalam enjin kereta anda. Data ini kemudiannya digunakan untuk mengawal aliran minyak yang dialirkan oleh pemancit petrol supaya nisbah oksigen-petrol yang betul dikekalkan. Jika sensor aliran udara rosak, pemancit minyak akan mengalirkan jumlah minyak yang kurang tepat ke dalam enjin yang boleh  menyebabkan pelbagai masalah. 

Kereta anda mungkin akan tersengguk ketika bergerak atau ketika memecut. Kereta anda pun mungkin akan jadi susah untuk dihidupkan serta boleh bergegar dan mati ketika tak bergerak. Jika dibiarkan, sensor aliran udara yang rosak boleh menyebabkan kereta menggunakan minyak yang banyak dan tak cekap minyak. 

Dalam kes yang lebih ekstrim, ia boleh menyebabkan enjin mati – ia jadi tersangkut dan tak dapat dihidupkan. Bergantung kepada tahap kerosakan, membaiki enjin yang tak boleh dihidupkan adalah sangat sukar dan mahal, jadi terus bawa kereta anda untuk diperiksa jika masalah ini berlaku! 

Saluran Petrol Tersumbat 

Saluran petrol yang tersumbat atau rosak boleh menjadi punca kereta anda tersengguk. Ia akan mengalirkan petrol ke keseluruhan enjin dan kalau ada kebocoran atau saluran ini tersumbat, ia akan menyebabkan tekanan petrol tak sekata dalam enjin. Tekanan petrol yang rendah boleh menyebabkan enjin anda susah untuk dihidupkan yang menjadi punca kereta anda tersengguk. Jika tidak diperiksa, kebocoran daripada saluran petrol yang rosak boleh menyebabkan enjin anda terbakar! 

Masalah Transmisi 

Ada beberapa isu dengan transmisi yang boleh menyebabkan kereta anda tersengguk. Jika cecair transmisi rendah, kereta anda boleh bergegar dan bergetar semasa tidak bergerak. Ia juga boleh menyebabkan kereta anda tersengguk dan tersentak dengan kuat semasa bergerak daripada berhenti, terutamanya sejurus anda menghidupkan kereta anda. 

Isu lain yang boleh menyebabkan kereta anda tersengguk seperti kerosakan unit kawalan transmisi (TCU). TCU mengawal perubahan yang terjadi dalam kereta anda semasa ia bergerak jadi kerosakan pada TCU boleh menyebabkan ada kesukaran untuk menukar gear yang menyebabkan kereta anda tersengguk. 

Pengubah Bermangkin (Catalytic Converter) Tersumbat

Pengubah bermangki berfungsi mengurangkan partikel dalam asap ekzos kereta anda. Namun, jika ia tersumbat, ia boleh menyebabkan ada mendapan ekzos yang mengurangkan aliran udara ke dalam sistem ekzos. Aliran udara yang terganggu ini boleh menyebabkan kereta tersengguk dan juga masalah-masalah lain. 

Selain daripada menyebabkan kereta anda tersengguk semasa sedang bergerak, memecut, dan juga ketika tidak bergerak, pengubah bermangkin yang tersumbat boleh mengurangkan kecekapan minyak dan juga meningkatkan asap ekzos yang dikeluarkan. Jika anda perasan kereta ‘makan’ banyak minyak, keluarkan asap luar biasa banyak, atau ada bau asap ekzos yang busuk, itu mungkin tanda pengubah bermangkin kereta anda dah tersumbat. 

brake punca kereta tersengguk

Brek Bermasalah 

Jika kereta anda tersengguk atau bergegar dengan teruk ketika membrek kereta, semestinya puncanya datang daripada brek. Apabilapad brek kereta anda dah haus atau kotor, brek kereta akan menghasilkan bunyi berdetir atau berdecit apabila ditekan yang diikuti dengan sedikit gegaran. Jika rotor brek rosak atau meleding, kereta anda boleh tersengguk dengan kuat ketika membrek, bergantung kepada keadaan rotor. 

Kereta anda juga boleh bergetar semasa anda memperlahankan kereta disebabkan rotor brek yang tak rata menyebabkan kereta mengambil masa yang lama untuk berhenti. Ini sangat berbahaya kerana kereta yang lambat berhenti boleh menyebabkan kemalangan. 

Walaupun kereta yang tersengguk masih lagi boleh dipandu jika penyebabnya tidak serius namun lama-kelamaan jika senggukan itu menjadi lebih kuat ketika memandu pada kelajuan yang sama, itu bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan kereta anda. Ianya boleh berpunca daripada sebab yang kecil yang boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kemudian. 

Baca juga : Cara Mudah Jual Kereta, Pantas dan Harga Terbaik

microsleep bawa kereta

Cepat-cepat Periksa di Pusat Servis CARSOME! 

Jika anda ingin membaiki kereta anda yang tersengguk itu, bawa saja kereta anda ke cawangan Pusat Servis CARSOME untuk diperiksa. Mekanik terlatih kami akan memastikan kereta anda diperiksa dan dibaiki supaya kereta anda boleh dipandu tanpa tersengguk-sengguk lagi. 

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti dan kami juga mengamalkan proses pengebilan yang telus. Ini supaya anda tahu apa yang anda bayar. Kalau anda nak servis kereta, kami juga ada menyediakan pakej servis berpatutan bermula RM98 saja. 

Jika anda sedang merancang untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang profesional, mudah dan pantas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge