Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Mereka dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi, atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan mereka disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

6 tertuduh kes Zulfarhan

Bukti menunjukkan keenam-enam tertuduh didakwa mencederakan hingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Zulfarhan. Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi penuntut UPNM disabitkan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.

Mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 tersebut yang sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Zulfarhan UPNM

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Mereka 12 lagi tertuduh ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
-HMetro

2 Comments

  1. Lesson to the rest. Jangan buat undang2 sendiri..laporlah pada yang sepatutnya supaya tindakan menyiasat boleh dibuat.

    Al-Fatihah
    Ammi recently posted…DipilihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge