PG Mall merupakan laman e-dagang nombor 1 di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2017.

Untuk pengetahuan, PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall merupakan sebuah platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga dan pembeli berurusniaga.

Yang menariknya juga, PG Mall adalah platform yang di bina oleh rakyat Malaysia sendiri dan ia berada di tangga ke tiga carta iprice.my untuk tahun 2020. Ini adalah rekod yang amat membanggakan. 

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Barangan Anak dan Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif hingga e-Voucher. Jumlah produk PG Mall meningkat setiap hari kerana kami memperluaskan keluarga penjual kami untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.

Official Store pelbagai syarikat dan jenama pun telah banyak yang menyertai laman PG Mall ini. Ini bermakna, anda boleh dapatkan barangan terus dari jenama atau pasaraya tersebut.

Jualan dan belian di PG Mall rancak berlaku pada setiap hari. Manakan tidak, di musim PKP ni ramai yang buat belian secara atas talian. Sangat ramai ya, sehinggakan pihak kurier pun sudah pasti tak menang tangan dibuatnya.

Nak tahu tak?

Kini PG Mall sedang berkolaborasi dengan pihak Grab dengan menggunakan Grab Express. PG Mall adalah platform e-dagang tempatan pertama yang berkolaborasi dan disatukan dengan Grab express untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres.

Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama negara dengan ketidakpastian gelombang ke-3 wabak global yang sedang berlaku. Untuk fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress akan disediakan untuk pembeli dan penjual lembah Klang.

Ini bermakna, barangan yang dipesan oleh pembeli boleh dimiliki pada hari yang sama!

Promosi Potongan RM12 PG Mall GrabExpress

Bagi pembeli dan penjual dari negeri lain pula boleh menjangkakan pilihan yang sama akan dilancarkan pada tahun 2022. Sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk bersama lebarkan ke negeri-negeri lain.

Jangan lepaskan peluag untuk membeli belah di PG Mall dan dapatkan barangan tersedia anda pada hari yang sama anda beli di laman e-dagang PG Mall. Pasti teruja dan gembira kan?

Bagi meraikan pelancaran awal PG Mall bersama GrabExpress ini, dapatkan potongan RM12 untuk khidmat penghantaran segera (instant delivery). Lekas dapatkan promosi ini ya.

PG Mall GrabExpress

Jadi, apa tunggu lagi?

Cepat-cepat layari laman sesawang PG Mall dan pilih barangan yang anda nak beli. Pasti berbaloi-baloi.

Untuk makluman lanjut, boleh lihat details PG Mall di :

Website: www.pgmall.my 

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/

7 Comments

    1. Author

      Bagus untuk barangan yang perlukan penghantaran segera. fresh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *