Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan kerajaan menangguhkan sementara keputusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Beliau mencadangkan Putrajaya mengekalkan sekatan ke atas pergerakan rakyat dan perniagaan yang dilaksanakan ketika PKP fasa 1 dan 2 kerana ia berjaya mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19.

Pasti ramai rakyat Malaysia terkesan dengan PKP. Apa yang penting ialah kita sedang berjuang memerangi Covid-19. Kita masih belum menang, tetapi tindakan kita selama ini sepanjang PKP dikuatkuasakan dapat tanda kejayaan menurunkan kes.

Kalau kita lihat semula, semua tindakan kita seharusnya diperketatkan untuk fasa ke-3. Dari segi perancangan untuk buka (kedai gunting rambut) atau hadkan pergerakan, KKM (Kementerian Kesihatan) mengesyorkan kekalkan tindakan dilaksanakan pada fasa 1 dan 2.

Mungkin perancangan boleh dijalankan, tetapi pelaksanaan ditangguhkan sementara.

Antara sekatan yang dilaksanakan pada PKP fasa 1 dan 2 termasuk kawalan sempadan dan pergerakan, larangan berhimpun atau mengadakan kenduri serta penjarakan sosial 1m.

Kerajaan mengumumkan 9 sektor ekonomi tambahan dibenarkan beroperasi di bawah syarat ketat susulan lanjutan PKP sehingga 28 April ini.

Sektor itu termasuk kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik, cermin mata, industri mesin dan peralatan, aeroangkasa serta industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

Salun dan kedai gunting rambut hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut, dan hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.

Sektor lain ialah perkhidmatan sains, profesional dan teknikal, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman, perkhidmatan berkaitan minyak & gas, aktiviti R&D berkaitan Covid-19, makmal ujian bagi sektor dibenarkan beroperasi saja), perkhidmatan kesihatan sosial, termasuk perubatan tradisional berdaftar (hanya terhad kepada Perubatan Tradisional dan Komplemantari berdaftar atau pengamal TCM) serta projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan.

Kita akan berjaya sekiranya rakyat bersama KKM memastikan kita perketat (PKP) fasa ke-3 untuk kurangkan kes, tidak mustahil kita akan berjaya atas usaha bersama.

Rakyat Malaysia kena bersabar. Mungkin dalam seminggu dua ini, kita lihat data terkini. Moga ada sinar kembali seperti sediakala secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge