MH370 Location Found

Kisah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tujuh tahun lalu menjadi trending di media sosial selepas seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan bangkai pesawat itu.

Menurut BBC, Richard Godfrey percaya dia telah berjaya mencari lokasi terakhir pesawat itu terhempas. Beliau mendakwa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, iaitu 2,000km di barat Perth, Australia.

Laporan itu menyatakan bahawa Godfrey telah menggabungkan set data yang berbeza daripada domain yang berasingan.

Richard Godfrey MH370

Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat dengan data prestasi Boeing, data oseanografi, dengan data yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR). Serpihan itu boleh terletak sejauh pada kedalaman 4,000 meter.

Dalam temu bual berasingan dengan program rancangan sarapan pagi Australia Sunrise, Godfrey juga berkata bahawa dia ‘sangat yakin’ telah menemui pesawat itu.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

Lokasi MH370 terhempas

Beliau juga mendakwa bahawa pesawat yang terhempas itu adalah ‘tindakan keganasan dan rampasan’ tetapi terbuka kepada teori lain jika pihak berkuasa berkongsi maklumat lanjut.

Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat. Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.

Godfrey memberitahu BBC, beliau berharap akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap MH370 dan bagaimana peristiwa sama dapat dihalang pada masa depan.

Beliau menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

MH370 debris
Serpihan yang didakwa daripada pesawat MH370. Foto: Raja Faizal Hishan/The Star.

“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” (Richard Godfrey)

Pada 2014, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 individu termasuk 227 penumpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hilang daripada radar. Pencarian awal yang diketuai Australia di Lautan Hindi gagal mengesan pesawat yang hilang itu, menyebabkan misi pencariannya ditamatkan pada Januari 2017.

Pencarian diteruskan oleh Ocean Infinity pada 2018, namun tetap gagal menemui petunjuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge