doa ilmu amalan seharian

Dalam hidup ini, kita sangat memerlukan pengampunan Allah SWT berkali-kali. Bukan sahaja ketika berbuat salah, tetapi juga selepas kita melakukan ketaatan. Lantaran itu kita perlu ambil peluang untuk amalkan selepas mengetahui kelebihan Istighfar pada waktu sahur. Dalam taat, mungkin ada penyakit hati yang menyinggah dan perlukan pengampunan.

Setelah solat dan selepas berakhirnya sesebuah majlis, kita diajar beristighfar kepada Allah SWT.

Mengharapkan keampunan Allah SWT sepatutnya menatijahkan diri yang semakin taat dan bersegera melakukan kebaikan. Bukan merasakan diri tidak berguna dan memendam emosi negatif lama-lama.

Kelebihan Istighfar Waktu Sahur

Pada waktu sepertiga malam khususnya waktu sahur, pencinta Allah SWT sudahpun bangkit. Allah SWT menyebut-nyebut golongan yang beristighfar pada waktu itu menerusi firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad):”Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Surah Ali Imran, ayat 15 – 17)

Begitulah istimewanya istighfar pada waktu sahur. Sahur adalah waktu penghujung malam dan menjelang subuh. 

Baca juga : Istimewanya Doa “Allahumma Ajirni Minan Naar”

doa untuk sahabat dan Kelebihan Istighfar Waktu Sahur

Kesempurnaan istighfar dimulakan dengan menghidupkan malam

Kesempurnaan istighfar pada waktu itu dimulakan dengan menghidupkan malam (qiammullail). 

Allah SWT mengingatkan: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Surah al-Dzariyaat, ayat 15-18)

Syaikh Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut, “Maka mereka memanjangkan solat sampai waktu sahur. Kemudian mereka menutup solat malamnya dengan duduk beristighfar kepada Allah layaknya istighfar seorang pendosa untuk dosanya. Istighfar pada waktu sahur memiliki keutamaan dan keistimewaan yang tidak dimiliki waktu se-lainnya.”

Apakah keistimewaan yang Allah SWT janjikan kepada peminta keampunan pada waktu itu? 

Rasulullah SAW menjelaskan yang bermaksud: “Rabb kami Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia setiap malam saat tersisa sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan doanya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan beri permintaannya, dan siapa yang memohon ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dia.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baca artikel : Rasulullah SAW Ajarkan Doa Supaya ALLAH Tutup Aib Kita

Baca juga : 7 Doa Penenang Hati Hilangkan Stress, Sedih Dan Gelisah

Kelebihan Istighfar Waktu Sahur

Allah SWT menawarkan keampunan, pemberian, kebaikan dan pengabulan doa kepada hamba-Nya pada sepertiga malam itu.  Kenapa hamba-Nya yang soleh bersungguh-sungguh meminta pengampunan meskipun mereka bukanlah pelaku dosa besar?

Diriwayatkan daripada hadis Abu Hurairah dalam buku Al-Jawabul Kafi oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah, orang yang berhak meraih bahagia ialah orang yang melakukan perbuatan baik dengan diiringi rasa takut (khauf). 

Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat, meskipun mereka sudah dijamin syurga, mereka adalah insan yang paling takut kepada Allah SWT dan menggandakan lagi amal kebaikan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge