PPC Keluarga Malaysia

Kerajaan akan mula menghantar Pakej Penjagaan C0VID-19 (PPC) Keluarga Malaysia kepada semua keluarga B40 di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pakej berkenaan mengandungi pulse oximeter, termometer untuk memeriksa suhu, risalah berkenaan pek yang diberikan mengandungi beberapa tips makanan dan aktiviti fizikal.

Pakej ini juga mengandungi empat kit ujian kendiri untuk kita membuat ujian C0vid-19, bateri untuk pulse oximeter dan empat pelitup muka yang boleh diguna semula.

Pakej Penjagaan Covid

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian PPC kepada Keluarga Malaysia kategori B40.

Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga daripada jangkitan virus C0VID-19

Mengulas lanjut, Khairy berkata, dengan pakej berkenaan, individu yang mempunyai apa-apa gejala boleh menggunakannya.

Kalau kita ada apa-apa gejala, kita boleh buat ujian, boleh guna pelitup muka apabila kita keluar dari rumah dan kalau kita merasa tidak sihat, kita boleh periksa suhu kita atau kita boleh semak ‘blood oxygen’ kita untuk pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pakej Penjagaan Covid

Penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga ini biasanya mereka yang sudah berkahwin, sama ada memiliki atau belum mempunyai anak atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.

Buat masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR namun untuk golongan yang layak menerima PPC ini, terdapat kira-kira 3.6 juta yang layak.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Gambar SisLin, KKM

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge