Pengeluaran Khas KWSP

Pengumuman kerajaan yang membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disambut baik orang ramai setelah pembayaran mula dikreditkan mulai 18 April secara berperingkat.

Sehubungan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tampil menjelaskan hukum pembayaran zakat bagi individu beragama Islam yang terlibat dalam pengeluaran khas tersebut.

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Beras zakat fitrah

Penjelasan KWSP mengenai Zakat Pengeluaran Khas

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

  1. Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
  2. Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

*sumber pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Golongan Yang TIDAK PERLU Bayar Zakat Pengeluaran Khas

Mereka yang perlu membayar Zakat khas ini adalah golongan yang terjejas dan terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara 2 tahun yang lalu. Ketika Covid-19 melanda, dia diberhentikan kerja, kehilangan sumber pendapatan, dipotong gaji dan sebagainya. 

Oleh itu, golongan ini tidak perlu membayar disebabkan kesusahan dan kesulitan yang melanda mereka bagi menyelesaikan perkara-perkara tertunggak seperti hutang, bayaran kenderaan atau sewa yang tertangguh atau bebanan-bebanan yang lain.

Golongan Yang PERLU Bayar Zakat Pengeluaran Khas

Mereka yang perlu membayar zakat khas ini adalah golongan yang tidak terjejas dan terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka tidak menghadapi masalah kewangan, tidak diberhentikan kerja, tidak terbeban dengan hutang dan seumpamanya. 

Mereka memohon dan mengeluarkan Pengeluaran Khas adalah bagi tujuan pelaburan, suka-suka atau seumpanya.

Oleh itu, golongan ini wajib membayar Zakat Pengeluran Khas KWSP.

Baca juga : Hukum Suami Keluarkan Zakat Fitrah kepada Bekas Isteri

Artikel Berkaitan : Kadar Zakat Fitrah 2022 / 1443H Seluruh Negeri di Malaysia

Zakat Pengeluaran Khas KWSP
sumber : Zakat Pulau Pinang

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

SOALAN :

Saya ingin bertanya tentang wang simpanan KWSP.
Kalau kita keluarkan wang sebanyak sepuluh ribu ringgit (RM10,000) adakah wajib keluarkan zakat?

Ada orang berkata keluar RM10,000 tidak kena zakat sebab tidak sampai nisab maka tidak wajib keluarkan dan ada yang kata wajib keluarkan zakat.

Saya hendak kepastian mana satu yang betulnya?
Kalau wajib keluar zakat berapakah jumlah zakat yang wajib dikeluarkan dan bolihkah kita beri kepada anak yatim?

JAWAPAN :

Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan zakat apabila dikeluarkan olih pemiliknya dengan syarat wang simpanan tersebut telah cukup haul yaitu sampai setahun dan telah sampai nisab yaitu lebih kurang RM20,000 sebelum dikeluarkan.

Perlu diketahui bahawa jumlah nisab adalah berubah-rubah mengikut naik turunya harga emas dipasaran dan jumlah nisab bolih diketahui dengan tepat dengan menghubungi pejabat yang menguruskan zakat.

Dan jumlah zakat yang wajib dibayar ialah 2.5% dari jumlah wang yang dikeluarkan.

Jika wang simpanan tersebut sebelum dikeluarkan jumlahnya tidak sampai nisab misalnya berjumlah RM15,000 sahaja kemudian dikeluarkan RM10,000 maka tidak dikenakan zakat.

Jadi jika wang simpanan sebelum dikeluarkan telah sampai RM20,000 (jika nisabnya sebanyak ini) atau pun lebih kemudian pemiliknya mengeluarkan sebanyak 10 ribu ringgit maka wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari RM10,000 tersebut maka zakatnya ialah 10,000 x 2.5% = 250

Maka zakat yang wajib dibayar olih penyoal yang telah mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 itu ialah RM250.

Dan jika wang yang dikeluarkan hanyalah RM100 maka zakat yang wajib dibayar ialah RM2.50.

Zakat wajib diberikan kepada asnaf-asnaf zakat seperti faqir miskin dan muallaf dan seumpamanya.

Anak yatim tidak termasuk asnaf zakat olih itu siapa yang memberikan zakatnya kepada orang yang bukan asnaf nescaya zakatnya itu tidak sah dan wajib dia keluarkan sekali lagi kepada asnaf yang betul.

wallahua’lam

Artikel berkaitan : Hukum Bayar Zakat ke atas Pengeluaran i-Sinar

rasuah duit

Wang KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, namun bezanya adalah simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sesuka hati seperti akaun simpanan biasa.

Sehubungan itu, PPZ-MAIWP menyeru umat Islam yang terlibat dalam pengeluaran berkenaan untuk cakna mengenai pembayaran zakat supaya simpanan yang diperoleh mendapat keberkatan sesuai dengan erti zakat iaitu menyucikan harta.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge