PERODUA melancarkan Myvi baharu malam ini yang menyaksikan sejumlah 4,303 unit telah ditempah sejak 9 November lepas dengan penghantaran pantas pada keesokannya.

Myvi baharu yang menelan kos RM50 juta untuk dibangunkan, turut dilengkapkan dengan teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkat, penjimatan bahan api lebih baik, penampilan baharu lebih ‘sporty’ serta warna baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan pendaftaran kenderaan itu mencecah 6,000 unit sebulan yang membolehkan pengeluar kenderaan kompak itu mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

Myvi telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan turut diterima secara meluas oleh masyarakat. Tawaran baharu ini adalah untuk memastikan para pelanggan yang kami hargai dapat memperoleh nilai yang terbaik.

Varian Myvi baharu itu merangkumi 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X, 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic) dengan harga sekitar RM45,700 hingga RM58,800 seunit.

Myvi yang mula diperkenalkan pada Mei 2005, telah mencatat jualan kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dengan Myvi generasi ketiga merekodkan jualan sebanyak 277,329 unit.

Enam warna tersedia untuk Myvi Facelift 2022 ini. Terdapat warna Electric Blue, Ivory White, Glittering Silver, Lava Red, Granite Grey dan Cranberry Red baharu.

Antara perubahan ketara pada Myvi baharu itu adalah penambahbaikan sistem keselamatannya, menampilkan sistem pemanduan pintar Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang direka dengan mengambil kira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA terbabit meliputi empat ciri iaitu bantuan pemanduan selamat (ASA), bantuan pemanduan; bantuan parkir atau meletak kenderaan dan bantuan lampu utama.

KING vs KING
Jom berMyvi baru
www.wasap.my/60173312533
AD_Adleen

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge