Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini. TUDM dalam satu kenyataan malam ini berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata TUDM telah diarahkan memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian jam 10.07 malam itu.

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini. – Gambar/ Sinar Harian

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian. “Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera.

Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. “Kementerian Pertahanan telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,”HishammuddinH2O

Dengar bunyi dentuman dua kali sebelum lihat pesawat terbakar – Saksi

“Letupan kuat dua kali sebelum ternampak api marak dalam kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth.”

Demikian perkongsian Mastura Mohamad Nordin, 44, dari Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth yang melihat kejadian pesawat Hawk MK108 milik TUDM terhempas.

Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan hadir menziarahi mangsa nahas di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebentar tadi.

Beliau tiba di HSJ kira-kira jam 1.50 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mangsa Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dalam kejadian lewat malam tadi.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang terkorban adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.

Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat di dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam tadi, berpangkat Mejar dan Kapten.

Terdahulu, sebuah pesawat Hawk TUDM dilapor dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth malam ini.TUDM dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge