Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.

Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

Terbaharu, Ustaz Kazim memaklumkan kini mukanya pula diserang rasa pedih yang melampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.

“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia luka lepuh-lepuh,” katanya.

Baca juga : Ustaz Kazim Derita Bengkak Kaki, Didakwa Terkena Sihir

Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan melampau dan luka.

“Sekarang luka lepuh ni kalau tarik dia luka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal.

“Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya.

Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 277,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.

“Ya Allah, banyaknya ujian Ustaz…”

Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

2 Comments

  1. Semoga Allah ringankan kesakitan UKE..
    tak tercapai dek akal dengan orang yang sanggup buat seperti ni ..
    Ammi recently posted…KHAIRAT KEMATIANMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge