Himpunan PRN Melaka

Suasana dan bahang pilihan raya di Melaka sudah mulai terasa sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PR) ditetapkan pada 20 November 2021.

Sehubungan itu, terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penganjuran sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuklah majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa pada 25 Oktober ini hingga 27 November depan kerana mengambil kira situasi penularan kes Covid-19 ketika ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun terdapat prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya negeri, ia hanya akan terpakai selama tempoh berkempen dari 8 November. Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan tidak dibenarkan.

Khairy Jamaluddin

Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan tiada penularan jangkitan Covid-19 selain dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kempen PRN Melaka

Kenyataan Khairy itu menyusul selepas video dan gambar didakwa perhimpunan politik berkaitan PRN Melaka, tular di media sosial.

Hari penamaan calon untuk PRN Melaka adalah pada 8 November, dengan hari pengundian ditetapkan pada 20 November.

Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak dibenarkan. Larangan ini berkuatkuasa 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge