6.6K+Shares

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Menurutnya, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Baca juga : TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR FASA 2

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal dari tahun-tahun sebelum atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan dedikasi.

6.6K+Shares

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge