vaksin dua dos

Bermula hari ini, mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara.

Hukuman tersebut diperuntukkan dalam Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam.

Antara lain, warta itu menyatakan mana-mana orang melalui apa-apa cara dengan niat menyebabkan ketakutan dan kebimbangan orang awam atau kepada mana-mana golongan orang awam, menyebarkan apa-apa berita tidak benar boleh didenda melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga : Propaganda Antivaksin Dipantau Elak Racuni Fikiran Rakyat

warga asing vaksin

Bukan itu sahaja, jika kesalahan itu dilakukan berterusan, denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan dibuat.

Turut dinyatakan dalam warta tersebut, mana-mana individu yang tidak melaksanakan kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita palsu, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

Baca terkini : Pasport Vaksin Malaysia Untuk Penerima Suntikan

Jika berterusan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan berterusan selepas sabitan. Warta itu turut menyebut, mahkamah boleh mengarahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk mengambil langkah menghapuskan penerbitan itu.

Selain itu, turut dinyatakan tiap-tiap kesalahan di bawah ordinan tersebut adalah kesalahan boleh tangkap.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge