Himalaya Bonnisan

Ibu bapa mesti risau apabila lihat anak kecilnya kekurangan berat badan. Makan setiap hari, menyusu pun setiap hari, tapi berat badan yang tak bertambah.

Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan.

Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi. Sebab itu perlu cari solusi untuk selesaikan masalah pemakanan dan kesihatan anak-anak ini dari waktu kecil.

Bonnisan Himalaya

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.

Ada juga anak-anak yang kurang berminat untuk makan, perlukan pelbagai jenis makanan berlainan setiap hari. Atau perlukan suplimen untuk menambah selera makan.

Anak minum Bonnisan

Setelah membuat bacaan dan pemahaman, Bonnisan Himalaya memang sesuai untuk anak kecil saya.

Ia berkesan dalam melegakan masalah pencernaan biasa dengan menyokong sistem pencernaan semula jadi. Yang paling penting, dapat mengekalkan kesihatan keseluruhan anak supaya mereka boleh menikmati gaya hidup yang ceria.

Adakalanya ibubapa tidak tahu mungkin anak-anak mempunyai masalah pencernaan atau mereka memilih makanan yang mereka mahukan sahaja. Sebab tu perlu ada Bonnisan Himalaya ni dan boleh ikut sukatan yang disyorkan.

Anak sehingga 1 bulan – separuh sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 1 bulan sehingga 6 bulan – 1 sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 6 bulan  sehingga 3 tahun – 2 sudu kecil, 3 kali sehari

Pasti ramai ibubapa yang risau dengan anak-anak yang kurang selera makan ni. Banyak makanan kita dah sediakan. Tapi mulut anak tutup rapat! Dia taknak makan, lebih kepada minum susu formula sahaja.

Bonnisan Himalaya anak

Sirap Bonnisan Himalaya ini menyembuhkan gangguan gastrousus pada anak kecil seperti kolik, dispepsia, sakit perut dan cirit-birit. Lepas beberapa kali minum, si kecil dapat rasa lega perutnya dan nampak perubahan.

Dan amazingly, anak terus menerus minta makanan. Nak keropok lekor, nak biskut, nak makan itu ini. Serius ada nampak perubahan, cuma kita sebagai ibubapa perlu terus berikan Bonnisan Himalaya ni yang mungkin pada mulanya anak tidak mahu minum.

Actually, Bonnisan Himalaya ni bukan sahaja untuk tambah selera makan. Selain untuk pencernaan, ia juga bagus untuk tumbesaran yang sihat. Antara bahan-bahan utamanya adalah Minyak Daun Dill (Dill Oil), buah pelaga dan Lada Hitam (Indian Long Paper) yang pastinya mempunyai 1001 khasiat kesihatan.

Mungin juga pada mulanya, anak mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakan walaupun terdapat sedikit perubahan. Kita perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.

Bagi yang nak tahu lebih lanjut, boleh terus rujuk :

Website : https://himalayawellness.my
Instagram : @himalayamalaysia
Facebook : Himalaya Malaysia 1930

3 Comments

  1. Kalau orang dewasa ada tak produk tuk selera makan nak kasi kat ayah dia tak lalu nak makan sangat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge