Semakan BKP

870,000 individu bakal menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara one-off bermula 26 Oktober. Ia merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama sekali kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian. Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama.

Oleh itu, sukacita Perdana Menteri umumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula Selasa, 26 Oktober 2021.

Apakah kriteria kelayakan BKP?

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
bulan pada tahun 2020; dan

ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Bayaran BKP RM500

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Kuarantin Rawatan NADMA, Sehingga RM1,400 Seorang

Bantuan Kehilangan Pendapatan 2021

Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat melalui portal BKP bermula 26 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso dalam tahun 2021.

Kerajaan akan terus membantu dan menyantuni Keluarga Malaysia dengan inisiatif serta apa jua bentuk bantuan yang dapat meringankan beban mengharungi waktu-waktu sukar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge