Baru-baru ini, Justin Bieber (JB) umumkan penangguhan konsert jelajah dunia yang sedang berlangsung. JB sebenarnya mengalami kelumpuhan di sebelah mukanya, akibat kondisi yang dinamakan sindrom Ramsay Hunt.
Terkini, peminat dikejut dengan khabar yang kurang menyenangkan mengenai selebriti terkenal itu, di mana dia dilaporkan diserang sindrom ‘Ramsay Hunt’. Pada masa yang sama, Justin memaklumkan konsert jelajah Justice yang kini berada di Amerika Utara telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.
Perkara ini disahkan sendiri oleh JB menerusi hantaran terbaru di laman Instagram Justin baru-baru ini dan meminta orang ramai memahami situasi yang dialaminya kini.
Serangan Sindrom Ramsay Hunt
Difahamkan, sindrom ‘Ramsay Hunt’ ini akan menyerang pada bahagian bibir, mata dan separuh riak wajah yang membolehkan pesakit merasai dirinya lumpuh separuh muka.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurunan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom ini kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
- sakit telinga
- pendengaran terjejas
- kelumpuhan sebelah muka
- ruam berlepuh (seperti kayap)
- vertigo (pening berpusing)
- kering mata dan mulut
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
- ubat antiviral
- ubat kortikosteroid
- analgesik(tahan sakit)
- terapi (fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Semoga bermanfaat! – Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.
MOga JB cepat sembuh dan akan meneruskan jelajah konsernya buat peminatnya seluruh dunia…bimbang juga yaa sindrom ni, nak serang tidak kira bila..
Sis Lin recently posted…KEDAI EMAS MURAH DI JOHOR, INGAT EMAS INGAT MIRAGOLD
Batal saja konsert kat Malaysia tu. heeee
admin GB recently posted…Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula