Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidilharam, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula 17 Oktober. Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi juga tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

Para petugas Masjidil Haram telah bertungkus lumus semalam bagi menanggalkan kesemua pelekat penanda kaki yang telah ditetapkan untuk solat dalam keadaan penjarakan fizikal sebelum ini. Saat yang dinantikan telah tiba. Ini bermakna bermula solat Fajr hari ini, solat berjemaah di seluruh Arab Saudi akan kembali seperti biasa. Bertemu antara bahu ke bahu. Saf dirapatkan juga diluruskan.

Ia merupakan antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi semalam.

Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi, memaklumkan pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna.

Kementerian itu juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan beberapa Kelonggaran baharu berkaitan Covid-19 yang akan mula berkuatkuasa pada Ahad, 17 Oktober 2021 bersamaan 11 Rabi’ul Awwal 1443H.

1. Masjidil Haram, Makkah & Masjid Nabawi, Madinah kembali dibuka dengan Kapasiti Penuh. Syaratnya semua jemaah mesti berusia 12 tahun keatas dan telah lengkap divaksinasi vaksin Covid-19.

2. Para Pelaksana Umrah & Jemaah Solat Fardhu masih diwajibkan memakai pelitup separuh muka (face mask) di dalam kedua-dua buah Masjid berkenaan.

3. Para Pelaksana Umrah, Jemaah Solat Fardhu dan Penziarah Raudhah serta Maqam Nabi Muhammad SAW masih perlu mendapatkan tempahan slot/permit melalui aplikasi EATMARNA. Namun, disebabkan kedua-dua buah Masjid teragung ini telah dibuka dengan kapasiti penuh, tempahan slot menjadi lebih mudah untuk diakses jemaah. Kebarangkalian mendapat 2 kali Umrah atau lebih juga besar.

4. Penguatkuasaan Penjarakan Sosial di semua tempat awam, pengangkutan awam, restoran & tempat berkumpul DIMANSUHKAN serta merta.

5. Penggunaan Pelitup Separuh Muka (face mask) di tempat terbuka TIDAK LAGI DIWAJIBKAN kecuali di tempat-tempat tertutup yang tiada akses pengudaraan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan kesemua peraturan ini boleh berubah bergantung situasi semasa wabak Covid-19 di Arab Saudi.

Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup muka.

Baca juga : Peraturan Terkini Umrah di Tanah Suci Mekah

Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing. –Haramain

Untuk rekod, kes Covid-19 di seluruh Arab Saudi menjunam ke bawah paras 50 kes sahaja per hari sejak sebulan lalu. Kita doakan semoga momentum itu kekal serta tidak melonjak ketara InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge