Sudah beberapa ketika di susurmasa media sosial, hari-hari berlalu disulami dengan berita pemergian ahli keluarga, rakan sekolah, jiran mahupun kenalan alam maya.

Angka mereka yang dijangkiti Covid19 terus meningkat dan semua petugas barisan hadapan (frontliners) sudah kepenatan, kelesuan dan ada yang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Sungguh menyedihkan, wabak ini turut meragut nyawa frontliners dan pemergian mereka terus diratapi ahli keluarga.  

Oleh itu sebagai tanda sokongan terhadap frontliners yang bertungkus lumus  merawat dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka yang dijangkiti kuman pembawa maut, itu, baru-baru ini, Hud Distribution Sdn Bhd iaitu syarikat pengedaran susu jenama Summerfield telah mengedarkan sebanyak  720 kotak susu  itu kepada frontliners yang bertugas di  PPV Stadium Bagan Serai.

Pengarahnya, Noorhidayati Mohd Zuhudin, berkata, kedatangan ‘teamnya’ ke  sana untuk mengedarkan susu itu untuk menggembirakan dan menceriakan  mereka.

Sebagai barisan hadapan yang menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka sendiri perlu sihat dan bertenaga. Mereka ini umpama barisan pertahanan yang memastikan kesejahteraan dan keamanan orang ramai.

Hampir dua tahun dunia dan negara ini khususnya dilanda wabak menggerunkan itu, rutin harian frontliners  turut berubah apabila mereka terpaksa mengerah tenaga dan masa mereka 24 sehari kerana wabak ini bukanlah penyakit biasa.  

Ia adalah pembunuh senyap yang ‘kedatangannya’  tidak dapat dilihat dan dirasa. Frontliners terus berjuang  untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit.

Susu itu juga turut diberikan kepada mereka yang sudah divaksin.

Mereka yang telah divaksin ada yang mendapat kesan samping seperti tak selesa badan, demam dan lesu. Semoga khasiat susu ini dapat memberi kebaikan kepada mereka.

Selepas selesai pemberian susu di Bagan Serai, Hud Distribution akan  ke PPV Ipoh, Tanjung Malim, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Summerfield ada tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate. Selain kesedapannya, ia juga berkhasiat. Sesuai dinikmati seisi keluarga. 

Mencari Pengedar Summerfield

Hydrid Allied Dairy Company Sdn Bhd adalah pengeluar Susu Jenama Summerfield sementara Hud Distribution Sdn Bhd adalah syarikat pengedaran susu itu di Kawasan Utara meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Ia adalah produk 100 peratus buatan Malaysia dan mempunyai kilang di Kluang, Johor.  Pada tahun 2011, Summerfield pernah terbabit dalam Program Susu 1Malaysia (PS1M). Produk susu ini sudah ada di pasaran sejak 2007 namun susu Summerfield UHT baru dilancarkan pada Julai lalu.

Kata Noorhidayati yang menguruskan Hud Distribution bersama suaminya, Mohd Firdaus Ab Wahab, syarikat edarannya beroperasi di Klebang Bistari, Ipoh. Summerfield telah diedarkan di seluruh Perak dan susu ini dapat dibeli di hampir 200 kedai di negeri ini.

Modal Ejen Serendah RM86

Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini, ejen sedang dicari dan sangat dialu-alukan mereka yang terputus punca pendapatan akibat pandemik ini untuk menjadi wakil jualan syarikat.

Noorhidayati berkata, modal untuk menjadi ejen adalah serendah RM86 dan akan diberikan tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate.

Kepada mereka yang tiada modal langsung  juga boleh datang berbincang untuk menjadi ejen Summerfiled. Mereka yang tiada modal langsung, akan diberikan susu dahulu. Selepas habis dijual baru bayar dan mereka ambillah keuntungan.

Summerfield Milk Halal
Pengarah Hud Distribution, Mohd Firdaus Ab Wahab (kiri) dan Noorhidayati Mohd Zuhudin (kanan)

Apa yang dilakukan oleh pihak Summerfield Milk ini patut menjadi contoh kepada syarikat-syarikat yang lain. Di samping menyokong frontliners dan rakyat, peluang terbuka untuk menjadi ejen.

Mereka yang mahu menjadi ejen atau melakukan pembelian terus Summerfield,  boleh hubungi talian 013-2222084. 

Pihak Summerfield Milk akan terus hantar produk ke kediaman mereka. Untuk  maklumat lanjut boleh layari 

http://summerfieldmilk.com.my

https://www.facebook.com/summerfieldmilk
https://www.instagram.com/summerfieldmilk

Hotline : 011-70244164

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge