Amalan garfu tala atau Istikharah al-Quran adalah dilarang dalam Islam. Antara hujah yang diberikan oleh JAKIM adalah ianya tiada dalam syarak dan tidak pernah dipetik mana-mana imam atau ulamak. Saya first time dengar garfu tala (tuning fork) ini apabila lihat satu video viral seorang video Pakar Perubatan yang membuat live YouTube bersama dengan pelopor amalan garfu tala dari Indonesia. 

Mula-mula itu menarik juga nampak sebab kita mengamalkan amalan al-Quran dan sebenarnya membaca al-Quran itu adalah tidak salah. Sebenarnya kita digalakkan banyak bacaan al-Quran sama ada kita senang atau kita susah ataupun semasa kita sakit untuk merawat kita.

Sudah tentu al-Quran mempunyai mukjizat yang tersendiri yang boleh menjadi syifa kepada kita. Namun setelah kenyataan dikeluarkan oleh JAKIM ini, bahawa perbuatan itu tidak pun pernah wujud dalam syarak atau ulamak. 

Walaupun al-Quran adalah satu petunjuk, kitab suci itu bukan sebuah buku penglipur lara atau karya-karya dongeng yang dibolehkan untuk memahami atau mengambil hukum dan petunjuk serta bimbingan darinya secara lempar buah dadu yang mana jika terkena mana-mana ayat ia dijadikan panduan.

Ia bukan permainan saidina dengan buah dadunya atau papan dam ular. Ia adalah kitab yang perlu diambil hukum dalilnya, petunjuk iktibarnya dengan kaedah dan disiplin ilmu sebab kaedah penafsiran al-Quran ada pelbagai antaranya ditafsir oleh nabi melalui hadis untuk menjelaskan kepada umat manusia.

Kalau dia tanya dari sudut sains perubatan ramai akan setuju sahaja. Mana-mana orang yang ingin membaca al-Quran di saat orang sakit ataupun nazak tidak menjadi percanggahan pun dalam sains perubatan kerana ianya adalah salah satu daripada kumpulan doa-doa yang sahih datangnya dari kalam ALLAH S.W.T.

Cuma kalau ditanya berkaitan dengan perbuatan garfu tala boleh atau tidak dari sudut agama, itu perlulah kita merujuk kepada mereka yang faqih seperti JAKIM dan juga Majlis Fatwa.

Terdapat juga dalam kalangan individu yang beristikharah dengan cara mengambil al-Quran lalu membukanya secara tanpa dirancang, kemudian dia melihat baris pertama di halaman pertama yang dibuka.

Sebahagian daripada mereka mengira halaman ketujuh, kemudian baris ketujuh, diikuti perkataan ketujuh dan kemudian membacanya. Jika terdapat ayat yang memerintahkan untuk melakukan sesuatu perbuatan, maka dia akan melakukan perbuatan tersebut.

Jika terdapat ayat yang melarang melakukan sesuatu perbuatan, maka dia akan meninggalkannya. Kaedah istikharah ini tiada dalam syarak dan tidak dipetik daripada mana-mana imam atau ulama.

Kaedah yang betul adalah dengan melakukan solat sunat dua rakaat

Namun menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’ie, Dr Luqman menjelaskan hukumnya adalah makruh.

Oleh itu, dalam menghadapi situasi ini setiap muslim perlu bersikap lebih warak iaitu meninggalkan amalan ini kerana sebahagian ulama mengharamkannya. Bahkan di sisi mazhab Syafi’ie hukumnya adalah makruh yang memberi makna perbuatan yang sia-sia, malah tiada ganjaran dan apa-apa fadilat. Justeru itu, lebih baik ditinggalkannya

Semoga ALLAH SWT terus membimbing kita kembali kepadaNya dengan jalan yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW dan dipraktikkan sebaik-baiknya generasi al-Quran terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *