Masalah kemurungan

Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau talian HEAL 15555 yang dikendalikan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan (KKM) mula beroperasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, talian itu merupakan penambahbaikan ke atas Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) bertujuan menggalakkan individu yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk tampil mendapatkan bantuan awal bagi mencegah permasalahan menjadi lebih serius.

Pada 10 Oktober bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Minda Sedunia, diumumkan penambahbaikan ke atas talian MHPSS dengan mewujudkan talian lima digit dikenali sebagai Talian HEAL 15555 yang mula beroperasi pada hari ini.

Perkataan HEAL itu bermaksud ‘Help with Empathy and Love’ dan ia akan beroperasi bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.

Talian Kesihatan Mental HEAL

Pusat kawalan dan koordinasi perkhidmatan kesihatan mental

Pusat ini dapat meminimumkan jurang perkhidmatan dan mempertingkatkan perkongsian sumber kepakaran kesihatan mental. Ini adalah gabungan pakar-pakar melalui pendekatan bio-psikososial dan aspek spiritual.

Pada peringkat permulaan, pusat berkenaan akan beroperasi dengan 30 anggota. Mereka terdiri daripada pelbagai profesion bagi menjalankan skop-skop perkhidmatan di bawah NCEMH.

Terdapat lima skop utama di bawah pusat kecemerlangan ini yang akan berfungsi sebagai satu pusat kawalan dan koordinasi perkhidmatan kesihatan mental, perkongsian pintar agensi awam, swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia juga akan menjadi pusat rujukan setempat dan latihan termasuk proses akreditasi dan ‘credentialing’ program kesihatan mental.

Khairy memaklumkan beliau berpuas hati dengan tahap perkhidmatan talian HEAL 15555 termasuk kaunselor-kaunselor yang bertugas sebagai operator.

Baca juga : Masalah Tekanan Mental? Hubungi Pusat Kaunseling Selangor Segera

murung

Talian Kesihatan Mental HEAL Dibuka

Semua kaunselor yang menjadi operator dilatih begitu baik dengan pendekatan yang sangat tersusun. Mereka diberi latihan supaya dapat kesan pemanggil itu berada dalam keadaan emosi yang bagaimana. Contohnya berdasarkan kepada intonasi, perkataan yang digunakan dan pelbagai indikator.

Mereka juga dilatih sama untuk menenangkan pemanggil atau merujuk pemanggil kepada talian kecemasan 999. Alternatifnya kepada perkhidmatan kesihatan mental yang lain. 

Mana-mana individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental boleh menghubungi talian HEAL 15555. Ini termasuk mereka yang mengalami tekanan, gelisah atau kesedihan yang berpanjangan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, KKM memerlukan tambahan seramai 400 kaunselor bagi menambah baik perkhidmatan tersebut di lapangan.

Buat masa ini, KKM ada 369 kaunselor. Jumlah ini akan ditambah dari masa ke semasa supaya perkhidmatan kesihatan mental dapat diperluas lagi di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge