Ciri Pasangan Serasi dan Sejati

Bukan semua orang mampu setia dalam hubungan. Kadang kala dah bersungguh anda setia, tapi pasangan pula buat hal. Begitu juga dengan pasangan anda sudah setia, tapi anda pula yang mula mencari alasan nak cari lain. Bila dah dapat yang setia, jangan tinggalkan. Setia itu mahal harganya.

Setia ini bukan mudah, tak semua orang mampu setia. Bila mana anda jumpa yang setia, jaga dengan sebaiknya. Hal ini kerana, anda belum tentu akan jumpa orang yang akan setia pada anda selepas ini.

Nak tahu kenapa setia itu susah?

Hubungan suami isteri Setia Itu Mahal

Setiap orang boleh berubah

Tidak ada seorang pun yang akan kekal sama dengan dirinya seperti waktu mula-mula anda kenal. Boleh jadi, saat itu dia adalah orang yang sanggup susah senang dengan anda tetapi sekarang ini dia pula yang tak sanggup susah bersama anda. Maka dia akan cari kesenangan dengan yang lain. Hati manusia ini boleh berubah, kalau tak hari ini esok lusa.

Akan ada yang datang lebih baik

Kalau anda rasa pasangan anda ini bukan yang terbaik untuk diri anda, begitu juga dengan dirinya. Dia boleh dapat yang lebih baik dari anda. Akan tetapi kenapa dia tetap memilih anda? Kerana dia setia akan janji yang telah dia katakan. Yang baik itu ramai, tapi yang nak setia itu belum tentu.

Setia itu adalah benda yang terpaksa

Ingat senang nak setia dengan orang yang tak hargai dirinya. Hatinya banyak terluka kerana sikap anda yang entah apa-apa. Tapi dia akan paksa dirinya untuk tetap setia kerana tidak mahu lukakan anda, bahkan dia juga tidak mahu kalau dia dicurangi. Maka dengan itu walaupun dalam terpaksa dia tetap memilih untuk setia.

Setia itu mampu memberi luka yang paling dalam

Kadang kala tanpa sedar, luka itu mampu memberi luka yang paling dalam pada diri seseorang. Mana tidaknya, dia akan terasa bodoh kerana sanggup setia pada orang yang tak sepatutnya. Bila mana kalian berpisah dia adalah orang yang paling terluka. Sukar move on, menyimpan dendam serta takut jalinkan hubungan akan dia rasai.

Boleh anggap tiada jodoh tapi berpisah secara baik

Bagi anda mungkin dia bukan jodoh anda, sebab itu anda ingin mencari yang lebih baik darinya. Akan tetapi, kalau anda rasa dia bukan orangnya, maka berpisah secara baik. Jangan lukakan dirinya dengan menduakan dia.

Setia ini bukan semua orang boleh lakukan, tidak kiralah bertapa manisnya yang dia janjikan tetapi kalau dia tak mampu dia akan tetap berlaku curang. Hargai dengan pasangan yang setia dengan anda, itu adalah terbaik untuk dapatkan pasangan yang baik. Benar, setia itu mahal harganya, kan?

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sis Lin
Sis Lin
1 year ago

Tak susah nak setia, janji jujur dan tolak ansur, layanan kena sepadan dengan pengorbanan, barulah tak timbul isu ungkit mengungkit.. Moga Allah tidak membolak balikkan hati ku yang setia setelah 30tahun berumahtangga, moga Allah pelihara kesetiaanku aamiinn..
Sis Lin recently posted…NIKMATI BUFFET DINNER MASAKAN INDIA ‘COLORS OF RANGOLI’ DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTELMy Profile