Cara Mohon Rayuan BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan). Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah :

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan
bagi tambahan anak,

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ; atau
ii. Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Baca juga : KERAJAAN DIGESA BENARKAN ISINAR 2.0 DAN ILESTARI 2.0

Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan BPR 2021 secara dalam talian dengan mudah, cepat dan selamat. Untuk Rayuan BPR 2021, layari https://bpr.hasil.gov.my

1. Klik Log Masuk dan masukkan No. MyKad serta Kata laluan yang telah didaftarkan.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 1

2. Setelah Berjaya log masuk sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Permohonan Rayuan.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 2

3. Maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan maklumat Permohonan BPR yang lepas. Pemohon boleh mengemaskini maklumat-maklumat tersebut.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 3

4. Pemohon boleh memuat naik dokumen sokongan berdasarkan keperluan atau alasan tidak lulus permohonan. Terhad kepada 5 dokumen sahaja.

5. Pemohon klik butang Teruskan bagi meneruskan proses rayuan

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 4

6. Pemohon dikehendaki mengisi Captcha dan klik butang Sahkan Captcha bagi meneruskan proses rayuan.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 5

7. Seterusnya baca dan tandakan “Tick” pengakuan untuk ke paparan bahagian Hantar

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 6

8. Klik butang Hantar. Jika permohonan berjaya dihantar. Popup “Permohonan Rayuan telah berjaya disimpan” akan dipaparkan.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 7

9. Pemohon boleh klik butang Cetak untuk mencetak maklumat permohonan rayuan atau klik butang Keluar untuk keluar dari permohonan.

Cara Mohon Rayuan BPR 2021 8

Tuan / puan boleh mengakses perkhidmatan yang diperlukan secara dalam talian (Rujuk Jawapan bagi Soalan 6) atau hubungi talian Hotline BPR untuk pertanyaan lanjut seperti berikut:
i. BPR LHDNM : 1-800-88-2747
ii. Hotline BPR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments