Di dalam al-Quran, Allah S.W.T telah menceritakan hakikat kehidupan manusia yang tidak dapat lari dari ujian. Ia datang dari segenap aspek dan penjuru. Sebahagian orang diuji dengan kehilangan harta benda. Sebahagian lain pula diuji dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, kelaparan dan dahaga yang bersangatan, dan sebagainya. Firman Allah S.W.T:-
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥
Maksudnya: Dan nescaya Kami akan menguji kalian dengan sedikit daripada perasaan takut, rasa lapar, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa (kematian), serta tumbuh-tumbuhan dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Surah al-Baqarah (155)
Di saat usia bumi semakin tua, sudah semakin banyak tanda-tanda jelas kiamat kecil kelihatan. Antaranya banyak bangunan tinggi didirikan, terjadinya banyak pembunuhan, waktu yang berlalu semakin singkat, sering terjadi bencana alam seperti gempa bumi, tanah gelongsor, munculnya gaya hidup mewah di kalangan umat islam, orang baik semakin kurang (meninggal) dan orang jahat bertambah ramai, manusia mewarnakan rambut di kepala dengan hitam untuk kelihatan muda, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki, bulan sabit kelihatan besar dan negara Arab menjadi padang rumput menghijau selain sungai.
Bukan itu saja, sebelum keluarnya Dajjal, manusia akan diuji dengan kebuluran.
Tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, umat manusia akan melalui kehidupan paling sukar dengan kemarau panjang sehingga menjadikan bumi kering kontang.
“Sesungguhnya sebelum keluar Dajjal akan berlaku tiga tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan.
“Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan.
“Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan.
“Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.” – [HR Ibn Majah].
Jika kita melihat di media sosial, sudah ada kumpulan individu yang membuat penyimpanan makanan dan ia dikongsikan kepada orang ramai konon untuk menghadapi dunia akhir zaman dan juga persediaan menghadapi musim kemarau seperti disebut dalam hadith.
Tapi adakah perlunya kita lakukan begitu (menyimpan stok makanan yang banyak?) atau apa yang perlu kita sebagai umat islam lakukan?
Dikongsi dari Tik Tok @ibnuramli, Ustaz membuat kupasan mengenai persediaan makanan yang mungkin diambil serius oleh sesetengah individu sedangkan ada persoalan lebih besar perlu dihadapi oleh umat akhir zaman.
Jelasnya, hari ini macam-macam cerita keluar.
“Ada orang kumpul beras, siap seal dah beras. Takut akhir zaman. Konon dah dekat dengan akhir zaman. Tapi tahukah akhir zaman ni bukan berlaku hari nie saja tapi sejak zaman Nabi lagi. Dekatnya kiamat tu hanya sejengkal. Zaman kita mungkin rapat lagi.
“Lepas tu ada kelompok orang yang berkempen suruh simpan beras siap-siap. Simpan air ada tangki banyak, nanti takut air tak ada. Siap buat buku lagi. Benda apa yang perlu untuk akhir zaman.
“Saya bukan nak tergelak tapi dah tergelak dah. Yang itu (simpan barang2 ini) tidak disuruh oleh Nabi SAW. Nabi suruh simpan air banyak-banyak.
“Waktu ketika Nabi Isa dengan tentera dikepung oleh Yakjuj dan Makjuj, di Palestin. Apa yang ada pada waktu tersebut? Kepala lembu lebih mahal daripada emas pada waktu itu (maknanya apa, tak ada makanan).
“Kalau tidak sepatutnya disimpan makanan lebih awal oleh mereka. Dan yang ada pada waktu itu apa, zikrullah. Yang disebut oleh tenteranya Saidina Isa A.S, adalah Allah, Allah, Allah iaitu zikir.
Jadi apa yang kita cari sekarang ini ialah ilmu, wirid, zikir yang sepatutnya kita amalkan. Bukan apa yang kita buat sekarang.
“Kita tak nafikan boleh nak simpan tadi tapi itu bukan tujuan utamanya. Dan menyebarkan ketakutan demi ketakutan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Tanpa berikan kepada mereka harapan untuk mereka menjadi orang yang boleh berhadapan dengan cabaran dan seumpamanya.
“Dajjal nanti datang dia akan datang dengan kesenangan. Dia akan beri kesenangan. Atau beras kita simpan dia beri lagi. Sebab tu apa yang penting amal. Amal yang penting. Yang disuruh kita cari guru. Yang disuruh kita cari duduk dengan guru. Dalam Quran dah sebut hal ini.
“Tapi orang kita terbalik. Waktu tu dah tak ada murabbi, tak ada pembimbing. Dia nak duduk seorang-seorang dalam hutan. Siapa nak bimbing kita kalau kita bukan alim. Dan tak ada proses pengajian, siapa nak bimbing? Lebih berat syaitan datang menggoda, nauzubillah.
“Sebab tu jangan obsess dengan benda-benda tu. Sepatutnya yang kita lakukan sekarang ialah amal. Duduk dalam majlis ilmu. Itu sepatutnya.
Melihat kisah ini langsung terbayang dengan kisah film2 ya Kang
Tak tau nak kata apa, bekalan akhirat macam mana pula? Ada geng dlm group huru hara dia sibuk nak pi membeli belah, tapi kita diam sebab demi menjaga hati kawan.. dalam masa sama, beristighfar melihat karenahnya.. Allahuakbar..
Bagus kumpul iman..
dengan iman yang semakin tebal , ketakutan yang tidak berasas akan diredakan.
Boleh juga simpan makanan untuk stok sebulan tapi jangan la terlalu banyak
mrhanafi recently posted…Kisah OKU Malaysia berjaya jadi jutawan