Walk A Million Miles 2023

NESTLÉ OMEGA PLUS akan melancarkan edisi keempat kempen Walk A Million Miles (WAMM) yang popular sebagai penghormatan kepada Bulan Jantung Sedunia pada September 2023. Sebagai jenama yang komited mempromosikan kesihatan jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS sentiasa berada di hadapan dengan pelbagai inisiatif bertujuan meningkatkan kesedaran risiko kolesterol tinggi. Tahun ini, mereka meneruskan misi mempromosikan kesihatan jantung dengan tema ‘Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, bersama sasaran penyertaan terbesar sepanjang penganjurannya.

Meskipun, ketika berhadapan dengan fasa pandemik, NESTLÉ OMEGA PLUS tetap teguh dalam komitmen untuk mengajak rakyat Malaysia berjalan untuk kesihatan jantung yang lebih baik. Mereka akan terus membawa obor dan menerangi jalan bagi rakyat Malaysia untuk memahami mitos kesihatan dan membebaskan diri daripada kolesterol tinggi. Kemuncak inisiatif ini akan menyaksikan NESTLÉ OMEGA PLUS menyumbang RM100,000 sekali lagi kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Institut Jantung Negara (IJN), menambah kepada jumlah RM300,000 yang telahpun disumbangkan dalam tiga edisi Walk A Million Miles sebelum ini.

“Bulan Jantung Sedunia dan NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles seakan sinonim dengan rakyat Malaysia. Dan juga mengingati tanggungjawab mereka demi kesihatan jantung yang lebih baik. Namun hakikatnya ia bukan sekadaran. NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles telah menjadi lebih besar dan tahun ini. Kami berharap mencapai tahap lebih tinggi sekali lagi bersama rakyat Malaysia dengan berjalan, semua demi memutuskan belenggu kolesterol tinggi,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

Bulan Jantung Sedunia Walk A Million Miles

Ancaman Kolesterol Tinggi

“Dengan mengenali bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersatu bagi tujuan sosial dan masyarakat, kami ingin tahun ini menjadi gerakan terbesar, untuk terus menekankan kepentingan dan kesedaran akan kesihatan kita, terutamanya kesihatan jantung. Kami ingin menggesa rakyat Malaysia untuk mengingatkan rakan, keluarga, dan rakan sekerja agar mereka menjalani gaya hidup sihat. Serta mengakui bahawa kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, boleh menimpa sesiapa saja,” jelas Juan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang menjejaskan lebih daripada 8 juta dewasa di Malaysia. Sesuatu yang membimbangkan adalah apabila ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa ancaman kolesterol tinggi tidak mengenal umur, jantina, atau berat badan, dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Di Malaysia, 4 daripada 10 dewasa mempunyai kolesterol tinggi, hampir separuh daripadanya berada di bawah usia 40 tahun. Bahkan 1 daripada 4 orang dengan kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan kondisi mereka. Malaysia kini menghadapi peningkatan kematian akibat penyakit jantung, dengan kira-kira 60 kematian setiap hari.

Baca juga : Cabaran 30 Hari Untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Bulan Jantung Sedunia 2023

Sertai Walk A Million Miles

Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu & Pemakanan Dewasa, Nestlé (Malaysia) Berhad berharap agar rakyat Malaysia bersatu pada bulan September untuk menyokong kempen Walk A Million Miles dan membantu meningkatkan kesedaran umum tentang kesihatan jantung. “Lebih 50,000 rakyat Malaysia telah menyertai tiga edisi Walk A Million Miles yang lepas. Sudah tentu sebagai sokongan menentang penyakit jantung dan kolesterol tinggi. Kami komited untuk membantu membina komuniti Malaysia yang lebih sihat. NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara. Dana ini akan digunakan untuk membantu pesakit jantung yang memerlukan,” katanya.

Rakyat Malaysia boleh menyertai WAMM tak kira di mana mereka berada. Dengan hanya mendaftar di aplikasi BookDoc, yang boleh dimuat turun secara percuma dari App Store atau Google Play Store. Peserta boleh menyertai secara percuma atau mengambil pilihan berbayar. Hanya dengan RM30 dan mendapatkan jersi penamat dan produk serta baucer NESTLÉ apabila mencapai 150,000 langkah.

Dengan penyertaan berbayar, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila mencapai 300,000 langkah atau mencatatkan jumlah langkah tertinggi mingguan.

Baca juga : Nestle Omega Plus Umum Kerjasama Dengan Kumpulan AEON

Bulan Jantung Sedunia

Tahun ini, WAMM mempunyai elemen kolaboratif, di mana peserta boleh membentuk kumpulan di aplikasi BookDoc. Ini membolehkan mereka mengikuti kemajuan satu sama lain. Peserta juga akan dapat menyertai aktiviti taman awam yang berlangsung di seluruh Malaysia pada hujung minggu menjelang 1 September. Mereka boleh berkumpul untuk berjalan kaki bersama dan menebus hadiah menarik. Tarikh dan lokasi khusus boleh dilihat di https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023 .

Untuk maklumat lanjut mengenai Walk A Million Miles 2023 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila
layari https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023 atau halaman Facebook kami
di www.facebook.com/nestleOmegaPlus .

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge