Pelamin kahwin musim PKP

Pernikahan yang dilakukan secara atas talian (online) kini sudah menjadi kebiasaan susulan sebarang majlis keramaian tidak dibenarkan sama sekali semenjan penulan Covid-19 yang dilihat lebih mudah berjangkit dalam kelompok yang ramai orang.

Mungkin memberi sedikit kelegaan kepada bakal-bakal pengantin kerana sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan kos perbelanjaan untuk melakukan majlis tetapi bagaimana pula dengan nasib perancang perkahwinan yang sudah mempersiapkan semuanya?

Sedat tidak sedar selama ini mereka mengalami masalah tekanan emosi dan mental gara-gara terpaksa menanggung kerugian selepas kebanyakan dari kalangan bakal pengantin meminta untuk dikembalikan semula wang pendahuluan(deposit).

majlis nikah online

Berdepan rungutan pelanggan

Menurut Zarinah Mohaideen mewakil Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), kini mereka berdepan dengan banyak rungutan daripada pelanggan yang berkaitan dengan pemulangan bayaran pampasan dan tidak terkecuali saman yang turut menjadi bebanan besar kepada para pengusaha.

“Kadar permintaan pelanggan untuk pemulangan bayaran dan juga deposit meningkat 200 peratus dan tidak tertampung oleh kami kerana kadar permintaan tempahan adalah kosong peratus atas faktor larangan beroperasi dan sekatan PKP tetapi pelanggan masih menuntut pembayaran semula deposit mereka.” -Zarinah Mohaideen-

Zarinah Mohaideen

Dikejar Ah Long

Ekoran permasalahan yang ditanggung oleh kebanyakan pengusaha perancang perkahwinan sekarang menyebabkan mereka terpaksa membuat pinjaman untuk melunaskan semua pampasan dan akhirnya mereka terjerat dengan tindakan sendiri.

“Sebab itu terdapat segelintir pengusaha yang kini dikejar ah long sehingga ada yang mahu membunuh diri.”

-Zarinah Mohaideen-

Bagi mengulas lagi kenyataan beliau, Zarinah Mohaideen turut menceritakan salah seorang peniaga yang mengalami tekanan dek kerana dihantui panggilan telefon dan mesej berunsur ugutan daripada ah long.

Nikah kahwin musim pkp

Pertimbangkan semula keputusan

Dia yang kini menjadi ‘lidah’ kepada pengusaha perancang perkahwinan yang lain meluahkan rasa terkilan dengan situasi yang sedang terjadi pada masa ini.

Tambah beliau lagi, dia juga berharap kerajaan dapat memberikan peluang serta ruang untuk pengusaha majlis ini dengan membenarkan industri perkahwinan dibuka semula dengan pematuhan SOP yang ketat sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Selain itu, dia juga telah bertindak menghantar surat permohonan rasmi pembukaan semuka industri perkahwinan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan semula keputusan.
Redaksi

Banner Baituljannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge