Yasin Sulaiman di Mahkamah

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman meluahkan rasa lega dan bersyukur selepas dibebaskan atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, penyanyi berusia 47 tahun itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ahli keluarga dan orang ramai yang dijadikan sebagai sumber kekuatan selama ini.

Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,”  – Yasin Sulaiman.

Yasin Sulaiman

Sementara itu, abang Yasin iaitu Zain Sulaiman, berkata, dia sekeluarga bersyukur dengan keputusan tersebut walaupun adiknya itu tidak dapat bersama mereka untuk meraikan Aidiladha nanti.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun alhamdulillah…

“…kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini. Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” – Zain Sulaiman .

Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Yasin Sulaiman

Pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menanam 17 pokok disyaki kanabis (ganja) di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge