I Citra KWSP one off

Dalam keadaan ekonomi semasa pascapandemik C0VID-19, sana-sini rakyat mengeluh tidak cukup duit. Ada yang menunggu masa dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa. Bukan semua orang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-baru ini.

Selepas mendapat wang KWSP sebanyak RM10,000 dan berjoli sakan semasa Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula tarik muka masam. Ini kerana wang tersebut semakin kering disebabkan menyambut hari raya serba-serbi baharu. Ada yang seronok beli barang kemas dan ada yang guna duit tersebut untuk membayar hutang adik-beradik mahupun along.

Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Gambar : UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Sebenarnya bukan salah berbelanja duit KWSP tersebut tetapi biarlah ukur baju di badan sendiri. Sebaiknya duit RM10,000 tersebut dijadikan modal membeli aset seperti barang emas dan menyertai bidang perniagaan secara dalam talian sama ada menjual barang atau buat drop ship.

Mengapa harus dibazir duit KWSP tersebut seolah-olah tiada esok dan lusa lagaknya? Adakah tergamak buat kempen untuk keluar lagi duit KWSP hingga menyebabkan tujuan asal kewujudan skim tersebut dilupakan?

Baca juga : KWSP 10K One Off, Rakyat Sedang Bergadai Teruskan Kehidupan?

Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Sememangnya di zaman orang kaya semakin kaya, orang susah semakin susah ini, kita harus banyak bermuhasabah sebelum bermuamalah agar tidak ditimpa musibah.

Berhematlah berbelanja jika duit RM10,000 masih tersisa. Moga jangan pula mengharapkan pengeluaran RM10,000 KWSP 2.0, nanti pak menteri pening kepala sekali lagi. – UTUSAN

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge