Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa jemaah luar berusia 12 tahun dan ke atas diizinkan untuk melakukan umrah. Sebelum ini, kementerian tersebut hanya membenarkan jemaah luar berusia 18 tahun dan ke atas untuk melakukan ibadah umrah.
Berdasarkan peraturan baharu itu, semua rakyat Arab Saudi termasuk dari negara-negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan jemaah asing yang berusia 12 tahun ke atas kini dibenarkan untuk menunaikan umrah, solat di Masjidil Haram dan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad.
Permit umrah boleh dimohon menerusi aplikasi Tawakkalna, dengan syarat mempunyai status kesihatan yang baik.
Baca : Pengalaman Indah Tawaf Norma Baharu Keliling Kaabah, Suasana Indah dan Tersusun
Status ini perlu di kemaskini di aplikasi aplikasi Qudoom, sebelum mereka boleh menempah permit untuk umrah dan solat di Masjidil Haram. Kesemua jemaah kemudiannya perlu mengemas kini status kesihatan mereka pada aplikasi Tawakkalna dan Eatmana sejurus tiba di Arab Saudi.
Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah menetapkan had umur minimum bagi mengerjakan umrah pada 18 tahun dan maksimum adalah 50 tahun bagi jemaah luar.
Jemaah asing yang berusia 12 tahun boleh membuat permohonan permit dengan syarat status kesihatan mereka menunjukkan mereka telah mendapat suntikan vaksin.
Baca juga : Kenapa Kiswah Kaabah Dinaikkan 3 Meter Bila Tiba Musim Haji?
Negara-negara arab yang berada dibawah Majlis Kerjasama Teluk akan menggunakan aplikasi yang berbeza. Syarikat umrah akan mengeluarkan permit yang diperlukan untuk jemaah yang datang dengan visa umrah dari luar Arab Saudi.
Meskipun langkah-langkah jarak selamat sudah ditarik balik, jemaah masih perlu memakai pelitup muka dan membuat tempahan untuk melakukan umrah dan solat di Masjidil Haram