Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

i-Saraan dividen insentif

Faedah

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500
    * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  

Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri – Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan – Menghantar borang KWSP 16G(M)

Baca juga : Waspada Cubaan Phishing Gunakan Laman Web KWSP Palsu

i-Saraan KWSP

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Cara Dan Saluran Pembayaran

bayaran i-Saraan
Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
 
Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)
 
Ejen Bank BerdaftarKaunter KWSP 
 
MBSB Bank
MAYBANK (M2u)
RHB Bank
PUBLIC BANK
Bank Muamalat
Alliance Bank
Hong Leong Bank
Bank Islam
Cimb Bank
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Ejen Bank (EB) BSNTunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)

Tiada had

Maksimum (RM sahaja)

RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apa Yang Anda Perlukan

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Daftar i-Saraan

https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/

MUAT TURUN KWSP 16G (M)

MUAT TURUN KWSP 6A (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge