Bantuan URUS B40 dan B50

Kerajaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) memberi inisiatif bantuan sebanyak RM500 kepada golongan warga emas bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kerajaan  memperuntukkan bantuan kewangan RM500 sebulan dan telahpun dilaksanakan pada awal tahun 2021 dengan nilai bantuan telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang.

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses membantu ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

sakit bertongkat
Gambar Hiasan

Syarat & Kriteria Permohonan

Syarat dan kriteria untuk memohon bantuan RM500 ini adalah seperti berikut;

  •  Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Berumur dalam lingkungan 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata, Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:

    i.  Institusi kendalian JKM ATAU
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma ATAU mana-mana kes yang  berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Mohon Bantuan RM500

Permohonan perlu dilakukan secara online/ manual seperti berikut;

  1. Layari laman web JKM untuk pendaftaran di portal rasmi ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Tekan pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Isi bahagian A  DAN bahagian B
  4. Pastikan setiap butiran diisi dengan betul dan klik butang “Keputusan”.
  5. Kemudian, sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan mengikut Daerah anda.
  6. Anda perlu hadir dalam tempoh 14 hari setelah buat permohonan dalam talian.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Dan setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Wang Bantuan

Dokumen yang perlu ada

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ;

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang Yang Diperlukan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge