Bantuan URUS B40 dan B50

Kerajaan telah menyalurkan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta penerima mulai 28 Mac ini dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Seramai 8.6 juta penerima menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan masing-masing. Pembayaran itu merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang.

Namun, masih ada golongan atau kelompok yang tidak termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini disebabkan oleh beberapa perkara. Dan pihak kerajaan memberi peluang dan masa untuk membuat rayuan disertakan bersama dokumen sokongan.

Jumlah Bayaran BKM

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah :

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Baca juga : Bayaran RM1,000 Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 (BKM 2022) YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Rayuan BKM 2022

Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di atas perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.

JADUAL PERKHIDMATAN KAUNTER RAYUAN BKM DI CAWANGAN / PEJABAT SATELIT / PUSAT KHIDMAT HASIL (PKH) LHDNM

Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge