doa ilmu amalan seharian

Apabila berada dalam satu kebingungan, tak tahu keputusan yang bagaimana hendak dipilih. Solat istikharah adalah perkara yang sangat membantu.

Solat istikharah ini selalu dikaitkan dengan mereka yang hendak memilih jodoh, dan mereka yang sedang ragu-ragu dalam membuat keputusan.

Tapi kadang dah banyak kali buat, namun masih juga tak nampak petunjuknya. Malah hati juga masih ragu-ragu.

Menurut pendakwah Ustaz Haslin Baharim, solat istikharah merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW. Istikharah itu sendiri bermaksud untuk mencari kebaikan.

Solat Istikharah

Jelasnya, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk menunaikan solat dua rakaat (istikharah) apabila kita hendak melakukan suatu perkara. Ia termasuklah dalam urusan jodoh, pindah rumah atau pekerjaan dan sebagainya.

Istikharah ini berkait rapat dengan hati. Jika hati kita kotor, mana mungkin mendapat petunjuk daripada ALLAH. Ada orang melakukan (ibadah) yang sunat saja, tetapi tidak solat fardu. Sebab itulah solat istikharah itu tak dapat (petunjuk).

Seandainya hati kita bagus dan bersih iaitu orang yang melaksanakan dan tidak pernah meninggalkan perintah ALLAH, maka ALLAH SWT akan mempermudahkan jawapan dan berikan petunjuk kepada kita mana yang baik serta tak baik,”– Ustaz Haslin Baharim.

Beliau turut memperbetulkan anggapan tergelincir sebilangan masyarakat yang melakukan solat sunat istikharah hanya ketika mencari jodoh. Hakikatnya banyak perkara boleh dilakukan istikharah.

Baca juga : Tiada Amalan Garpu Tala, Bibliomancy atau Istikharah Al Quran dalam Islam

doa untuk sahabat

Petunjuk atau keputusan kepada jawapan istikharah tidak semestinya menerusi mimpi. Kadangkala ia datang dalam bentuk bayangan dan pemantapan atau ketenangan hati.

Contohnya, kita dapat kerja yang baik, tapi pendapatannya tidak banyak walaupun sudah lama bekerja. Rasa macam ingin bekerja sendiri. Kemudian bila buat istikharah, kita rasa hati kita berat nak berhenti kerja tempat lama dan buat kerja lain. Maka, kita berhentilah dan hantar surat peletakan jawatan.

Umat Islam juga diingatkan agar melakukan istisyarah iaitu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum melakukan solat sunat dua rakaat berkenaan.

Berbincanglah dengan orang yang berpengalaman dan alim. Disunatkan untuk kita melakukan istisyarah. Dalam apa-apa hal, istisyarah itu perlu. Imam al-Nawawi berpesan supaya kita berbuat demikian.

Contohnya bila nak kahwin, tanya ustaz atau orang alim macam mana hendak berkahwin, apa ciri-cirinya, calon sekian dan seumpamanya. Jika dijelaskan bahawa elok berkahwin, maka tidak perlulah kita istikharah.

Baca juga : Doa Cepat Jodoh, DIkasihi Ramai dan Rumahtangga Bahagia

Isteri mohon doa

Istikharah (hanya melibatkan) perkara yang dirasakan perlu untuk kita mohon sebab duduk antara dua pertimbangan. Kombinasi istisyarah dan istikharah, insya-ALLAH ALLAH akan tolong.

Kepada satu soalan, Ustaz Haslin memberitahu: “Tiada waktu yang khusus untuk melakukan solat istikharah. Ia boleh dilakukan sepanjang waktu.

“Namun, jika rajin bangun awal, dirikanlah solat istikharah sebelum solat Subuh. Terpulang kepada seseorang untuk buat (istikharah) berapa kali sehingga dia nampak mana yang berat (petunjuk),” jelasnya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge