Wiski Timah Haram

Kabinet bersetuju untuk membenarkan syarikat pengeluar wiski jenama tempatan, iaitu Timah untuk mengekalkan namanya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata, pengeluar Timah iaitu Winepark Corporation (M) Sdn Bhd (Winepark) perlu menyertakan label tambahan pada botol wiski berkenaan.

Menurutnya, label tambahan pada botol wiski itu perlu menjelaskan bahawa nama Timah sebenarnya merujuk kepada ‘bijih timah’ yang bermaksud bijih besi dalam Bahasa Malaysia.

“Saya telah berjumpa dengan pengeluarnya dan berbincang bagi menyelesaikan isu ini. Selepas itu, saya membentangkan cadangan syarikat itu kepada kabinet dan kabinet bersetuju dengannya.

wiski timah
Kontroversi melibatkan isu wiski jenama ‘Timah’ keluaran tempatan perlu diselesaikan secara ‘mutual respect’ atau saling menghormati.

“Saya berharap kontroversi mengenai wiski Timah dapat dihentikan. Saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini yang memetik laporan Sin Chew Daily.

Penggunaan nama Timah pada jenama wiski itu menjadi perdebatan hangat sebelum ini dan ada yang mengaitkannya dengan nama wanita.

Baca juga : Tukang Sihir, Bersetubuh Dengan Mayat Boleh Didakwa

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga meminta pihak yang menjaga urusan agama Islam sepatutnya tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang cuba mengelirukan penganut agama Islam oleh mana-mana pihak.

Susulan itu, menteri telah mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat Winepark Corporation (M) Sdn Bhd.

Antara keputusan yang dicapai adalah pihak syarikat memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada produk arak berjenama Timah dikeluarkan syarikat terbabit.

-Sumber : SinarHarian

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge