Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini merupakan filem ‘laku keras’ sejak ditayangkan di pawagan pada 23 Jun lalu. Kutipan Filem Mat Kilau kini adalah kutipan filem tempatan yang paling tinggi, RM49.5 juta dalam 12 Hari.

Video kenyataan itu dimuat naik di FB Filem Mat Kilau, dimaklumkan oleh Penerbit Studio Kembara, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton-penonton yang beri sokongan menononton filem ini. Saya sangat terharu sebenarnya apabila saya diberitahu ada ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datang. Termasuklah makcik-makcik yang datang dengan kerusi roda, bertongkat untuk datang melihat atau menonton filem ini.

Ini sangat mengujakan kami, memberikan semangat kepada kami untuk melahirkan filem sedemikian rupa pada masa akan datang.”

Kutipan Filem Mat Kilau

Sejarah baharu tercipta apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah memecah rekod filem Munafik 2 sebelum ini dengan kutipan yang cukup mengujakan.

Menurut pihak Golden Screen Cinemas (GSC) sebelum ini, ia menjadikan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebagai filem tempatan yang paling laku setakat ini.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!

“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” kata GSC menerusi kiriman di Facebook.

Tambah syarikat pawagam itu lagi, jumlah kutipan bagi filem Munafik 2 adalah 37.7 juta pada tahun 2018.

Baca juga : Sultan Selangor Tonton Filem Mat Kilau, Mahu Orang Melayu Bersatu

Artikel berkaitan : Amalan Mandi Embun Mat Kilau

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem inspirasi sejarah ketokohan pejuang Mat Kilau di Pahang yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Dipenuhi dengan aksi persilatan, filem itu mengetengahkan berkenaan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British pada tahun 1880-an.

Filem itu dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat iaitu Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

1 Comment

  1. sebenarnya rakyat Malaysia ni suka je filem sejarah. cuma film makers lebih berminat nak buat filem komedi dan rempit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge