Dividen kwsp

KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Keseluruhan jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

semak dividen kwsp 2018

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

rasuah duit

Mengapa terdapat perbezaan antara dividen SK dan SS

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Walaupun SS dan SK menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, SK turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah.

Pengkreditan Dividen 2020 akan dilakukan tidak lama lagi dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.  Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge