Ambil wuduk

Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”

Di antara syarat mendirikan solat ialah menyempurnakan kesucian yang menyeluruh terhadap anggota badan, pakaian dan tempat solat. Kesucian ini termasuklah meratakan air wuduk ke seluruh anggota serta melakukannya tiga kali tanpa membazir dan was-was.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah tidak menerima solat tanpa penyucian (wuduk)…” (Sahih Muslim dan lain-lain)

Solat dalam Malakat Mall

Baca juga : Hukum Membaca Al Quran Dalam Handphone Tanpa Wuduk

Masa yang sama, kita disarankan sentiasa berwuduk kerana orang yang sentiasa berwuduk akan didoakan oleh para malaikat supaya dirahmati dan diampuni Allah. Malah orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk dapat menghindari dari terkena panahan Ain yang jahat.

Dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, timbul satu pertanyaan manakah lebih afdal, menjaga wuduk atau mengambil wuduk baru untuk solat seterusnya?

Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.

Baca juga : Tiada Amalan Garpu Tala, Bibiliomancy atau Istikharah Al-Quran dalam Islam

ambil wuduk

Jika kita menjaga wuduk sehingga ke solat fardhu seterusnya, memadai untuk kita menggunakan wuduk yang sama untuk solat tersebut. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita memperbaharui wuduk walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.

Oleh itu, mengambil wuduk baharu bagi solat fardhu adalah lebih afdhal dan lebih baik kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk di dalam hadith. Selain itu, kaedah fiqh menyebutkan bahawa sesiapa yang lebih banyak perbuatan ibadahnya, maka lebih kelebihan dan pahalanya.

1 Comment

  1. Alhamdulilah sangat jelas pencerahannya, terima kasih atas perkongsiannya GB.. Sememangnya time pergi event media review, dari rumah dah amik wudhuk sesiap, so tiba masa hanya solat bila sampai waktunya, alhamdulilah Islam itu Mudah..
    Sis Lin recently posted…TERIMA KASIH BIBIK EXPRESS!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge