Blog SuriaAmanda

Sudah lama tak sertai giveaway di blog rakan. Enam, tujuh tahun dahulu memang ramai yang aktif dan menjadi pengomen tegar saban hari dan bulan. Memang seronok bertukar cerita dan kisah kehidupan rakan blogger. Kali ini kita ke blog SuriaAmanda yang sentiasa penuh dengan ceritanya.

Tengok header blog, nampak jiwang laa kan. Tapi penuh bermakna tu.

“Cintaku rinduku bukannya yang terkusut. Kuikat kubelai dan kusimpul. Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu. Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari. Setinggi mana engkau membawa diri akan aku daki. Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami. Biar terbukti biar bersaksi. Cinta kita cinta tersimpul rapi.”

Pastinya peminat lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian Anis Suraya yang rakan blogger kita sukai ini.

Baca juga : Cara Optimumkan Blog Anda Untuk Google

Blog SuriaAmanda top commentator

Okay, disebabkan suriaamanda.com ini sangat rajin menulis blog setiap hari. Maka GengBorak pun letakkannya dalam senarai feedlist untuk dibaca harian bersama sahabat blogger yang lain.

Rajin pula ada hadiah top commentator setiap bulan. Jadi, memang rancang untuk ukir nama di blog suriaamanda tu. Blog nya santai berkisarkan kisah kehidupan. Kelakar memang pun ada, lapar pun sangat selalu sebab beliau selalu memasak.

Setakat masak ikan jaket tu, pejam mata saja anak Pak Zain tu buatkan.

Nak dijadikan cerita, Geng Borak telah dapat top commentator di blog suriaamanda pada bulan September 2022 dan beliau minta details untuk hantar sesuatu. Pling! dah sampai.

Personal Package

Personalised package dari famsy. Rasanya beliau ni memang selalu uruskan hadiah di sana sini termasuk farewell di pejabatnya. Mujur tak sampai hadiah dari Harvey Norman. Hehehe

cetak nama sendiri
Hand Sanitizer

Alhamdulillah, ada ingatan siap tulis nama lagi. Hadiah berupa hand sanitizer. Memang bergunalah benda ni dalam seharian. Mengingatkan kita supaya jaga diri tentang kebersihan dan keselamatan. Terima kasih banyak-banyak cikpuan suriaamanda.

Bagi yang nak buat personal printing, boleh sangat ke https://www.famsymall.com/ dan lihat betapa banyak benda yang boleh dimiliki. Jute Bag, tshirt, phone case, topi, cutlery, tiffin, mug dan macam-macam lagi lah. Memang sesuai beli untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada orang lain.

Oh yea, yang pasti kena singgah ke blog www.suriaamanda.com dan layan apa yang dibebelkan setiap hari. Itulah kisah kehidupan yang simple dan santai.

1 Comment

  1. Alhamdulillah sampai juga akhirnya…syukur Kid suka…jangan jemu singgah blog SA ye…banyak merapu tu…hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge