Pesawat Nepal Terhempas

Sebuah pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan swasta di Nepal yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang hari ini, kata pegawai syarikat penerbangan dan kerajaan.

Pesawat kecil itu terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer barat laut ibu negara, Kathmandu menuju ke Jomsom yang terletak kira-kira 80 kilometer ke barat laut.

Pesawat itu dikendalikan oleh Tara Air yang kebanyakannya menerbangkan pesawat Twin Otter buatan Kanada. Pesawat kecil itu berlepas dari Pokhara menuju ke Jomsom, laluan yang terkenal sebagai ‘paling berbahaya di dunia’ dengan keadaan penerbangan yang sukar dan banjaran gunung yang curam.

radar pesawat Nepal

Pendaratan di kawasan itu adalah antara yang paling sukar di mana ia dikelilingi oleh puncak bersalji dan selekoh yang tajam.

Radar penjejak penerbangan menunjukkan laluan sepanjang pesawat malang itu, yang melalui laluan berbahaya sebelum ia terhenti. Pesawat itu hilang pada pukul 9.55 pagi waktu tempatan selepas ia dilencongkan ke banjaran gunung Dhaulagiri.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya lima minit sebelum ia dijadualkan mendarat di kawasan tumpuan pelancong Jomsom.

Baca juga : Kapal Selam KRI Nanggala 402 Ditemui, 53 Disahkan Meninggal Dunia

Pesawat Tara Air

Pihak berkuasa segera mengaktifkan misi pencarian selepas saksi melaporkan terdengar ‘bunyi luar biasa’ seperti ‘dentuman’, kata polis tempatan, Ram Kumar Dani kepada agensi berita ANI.

Pasukan penyelamat pada Isnin berjaya mengesan lokasi serpihan sebuah pesawat ringan membawa 22 orang yang terhempas ketika dalam penerbangan menuju ke Jomsom, Nepal pada Ahad.

Jurucakap tentera negara itu, Narayan Silwal dalam ciapan di Twitter mengesahkan lokasi penemuan tersebut dan menyiarkan gambar serpihan dengan nombor ekor pesawat yang jelas kelihatan. Lokasi pesawat itu terhempas ialah di Sanosware, Thasang-2, Mustang.

Pesawat yang hilang itu dikendalikan oleh Tara Air dan dinaiki dua warga Jerman, empat rakyat India dan baki yang lain warganegara Nepal. – Agensi

1 Comment

  1. Aduh… Baru tau ada plane crash ni… Nmpk sgt xtgk berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge