Waris Kesultanan Sulu rampas aset Petronas

Mahkamah Rayuan Paris semalam membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award. Ia adalah tuntutan rampas aset PETRONAS, pihak yang mendakwa sebagai “waris kesultanan Sulu” dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata asas keputusan Mahkamah Rayuan Paris ialah Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa melalui prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol itu akan menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Perintah Penggantungan itu adalah hasil daripada pelbagai tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bermula dari tuntutan tersebut difailkan bagi menamatkan segala tuntutan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

Rampas Aset PETRONAS

Kesan daripada Perintah Penggantungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Julai 2022 tersebut, Final Award tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris berkenaan dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

Berikutan kejayaan memperoleh Perintah Penggantungan itu, Kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan rapi untuk pendengaran bagi pembatalan Final Award dan tarikhnya belum ditetapkan.

Wan Junaidi berkata Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah sewajarnya termasuk tindakan perundangan. Ini adalah untuk menamatkan segala tuntutan rampas aset PETRONAS dan memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa ia tidak pernah mengiktiraf tuntutan itu dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Semalam, Akhbar Financial Times melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu yang menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset terbabit yang didaftarkan di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih US$2 bilion (RM8.8 bilion).

Wan Junaidi berkata pada 11 Julai lepas, dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

Beliau berkata Petronas, sebagai sebuah syarikat, akan mengambil tindakan perundangan untuk mempertahan kedudukannya di bawah undang-undang. — BERNAMA

2 Comments

  1. Berita macam ni lah nak baca. Malaysia ni baik sangat di mata pelabur asing. Suka hati kacau aset kita di luar. Sama-sama cari rezeki takleh ke. Tetiba nak tuntut itu ini. Kalau Kerajaan Malaysia tidak bertindak tegas, lebih ramai akan buat perangai begini. Asal tuntut je dapat. So, better tangani sebelum anak cucu cicit kita sengsara pada masa akan datang. Walaupun kita rakyat marhaen je. Kita semangat Patriotik kuat kan. Sayang Malaysia, Sayang Petronas!
    Ruby recently posted…7 TIPS MEMBELI KENDERAANMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge