Cara jaga mata cantik

Berhias dan bersolek seperti sudah menjadi kewajipan kepada wanita sebelum keluar rumah. Pelbagai jenis solekan serta hiasan digunakan supaya kelihatan cantik dan menarik. Sesetengah wanita bersolek untuk meningkatkan keyakinan diri. Manakala sebahagiannya untuk dipandang, dipuji dan berlebihan iaitu tabaruj.

Lambakan produk kecantikan dan alat solek di pasaran membuatkan wanita ingin mencuba, manakala trend serta fesyen masa kini menjadikan tidak mahu ketinggalan tampil bergaya.

Apatah lagi, ledakan media sosial menyaksikan ramai wanita Islam berlumba-lumba untuk bergelar Instafamous, YouTuber dan Blogger, sekali gus kecantikan serta solekan dipamerkan secara terbuka, bahkan menjadi ikutan pengikut.

Tindakan yang berlebihan boleh memberikan implikasi bukan saja kepada imej sebagai Muslimah. Bahkan boleh menyebabkan kemudaratan dalam agama seperti tabaruj atau berhias secara berlebih-lebihan hingga mendedahkan aurat.

tabaruj

Tabaruj ialah perbuatan wanita berhias secara berlebihan dengan menampakkan perhiasan dan anggota tubuh hingga menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Islam tidak melarang wanita untuk berhias, bahkan menggalakkan mereka supaya kelihatan cantik.

Allah SWT menciptakan wanita dengan fitrah ingin kelihatan cantik, sekali gus menjadikan bersolek atau berhias tidak dilarang di dalam Islam.

Meskipun dibolehkan bersolek, wanita perlu tahu batas yang ditetapkan dalam agama, manakala bentuk yang dibenarkan seperti menutup cela dan menghilangkan kusam di wajah.

Solekan yang tidak dibenarkan Islam adalah hingga menukar rupa paras yang Allah SWT ciptakan seperti menambah bulu mata palsu dan mengoles pipi, kelopak mata dan bibir dengan warna terang dan melampau.

Baca juga : Tips Jaga Mata, Daya Penarik dan Bersinar

tabaruj
Gambar Hiasan

Kecantikan wanita halal dilihat suami dan mahram, sekali gus perlu memperbetulkan konsep hanya berhias dan bersolek di luar tetapi kelihatan kusam di rumah.

Wanita boleh berpakaian cantik mengikut perkembangan fesyen tetapi perlu patuh syariah iaitu labuh, tidak ketat, menutupi dada dan tidak menampakkan bahagian aurat.

Jangan seronok sangat berpakaian yang berbeza hingga mata yang tidak sepatutnya tertumpu kepada keanehan cara kita berpakaian.

Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab untuk mencorakkan anak yang diibaratkan kain putih. Mereka sewajarnya mendidik anak untuk bersederhana dalam kehidupan termasuk berhias. Apatah lagi penyakit hati seperti ujub dan riak boleh timbul hingga mencacatkan peribadi kanak-kanak yang tulus.

Kecantikan rupa paras hanya sementara kerana jasad manusia akan hancur ditelan tanah apabila meninggal dunia. Lebih indah sekiranya wanita mampu mengawal nafsu daripada bertabaruj dalam solekan dan berhias.

Tutorial berhias dan bersolek dibolehkan tetapi perlu memastikannya tidak ditonton oleh orang yang tidak sepatutnya. Misalnya mengajar tutorial bersolek dengan niat mengajar wanita lain bersolek dan berhias untuk tatapan suami atau kelas yang disertai kaum wanita saja.

Bagaimanapun, berhati-hati itu adalah lebih baik supaya video tutorial atau perbuatan itu tidak mendatangkan fitnah.

Membuat tutorial atau mengajar wanita bersolek tidak salah selagi mendatangkan manfaat dan tidak menimbulkan fitnah. Niat kita adalah untuk mengajar wanita untuk tampil lebih yakin mungkin betul tetapi orang lain mungkin tidak menjaga amanah dan menyebarkannya sesuka hati yang boleh menimbulkan fitnah.

Baca juga : 10 Perkara yang Membuatkan Wanita Menangis

make up perempuan

Islam tidak bersifat sempit dan menindas, sekali gus tidak menghalang wanita untuk bersolek dan berhias tetapi mensyaratkan batas yang perlu dijaga dan dipatuhi bagi melindungi maruah wanita.

Wanita dengan wajah yang mempunyai masalah umpamanya boleh mengenakan solekan untuk menutup cela itu tetapi kadang-kala berlebihan hingga menjadi tabaruj dan hukumnya berdosa.

Wanita yang tidak mempunyai wajah bermasalah juga boleh mengenakan solekan supaya kelihatan segar tetapi jangan berlebihan sehingga tabaruj.

Rasulullah SAW turut menegah wanita memakai wangian yang berbau kuat kerana wanita pada zaman jahiliyah menggunakan wangian sebegitu untuk menarik perhatian lelaki. Tegahan itu tidak bermakna wanita tidak perlu menjaga kebersihan kerana memakai wangian sekadar mahu bauan kurang enak dan menjaga kebersihan dibolehkan.

niqab

Contohi wanita Arab di Yaman yang berhias dan bersolek pada malam perkahwinan untuk meraikan pengantin tetapi berbuat demikian di ruang atau bilik yang dihadkan untuk wanita.

Menariknya, apabila tiba masa pengantin lelaki masuk ke bilik itu, semua wanita terus mengenakan pakaian serba hitam dan menutup seluruh tubuh dan wajah mereka sehingga hanya pengantin perempuan yang kelihatan bersolek dan berhias dengan indahnya.

Mereka hanya mempamerkan kecantikan kepada orang yang dibenarkan berbuat demikian, sekali gus menjaga aurat dan akhlak apabila berhadapan dengan bukan mahram. Budaya itu boleh dijadikan teladan kepada wanita untuk menjaga kehormatan diri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat

3 Comments

  1. Suka tengok malam selepas nikah di negara Arab, adat budaya mereka yang masih kekal mengikut ajaran Islam seperti hanya aurat pengantin diperlihat untuk suaminya sedangkan semua sahabat wanita mahupun saudara wanita menutup aurat. Susah nak cari sahabat kita semua berhijab di Malaysia. Malah berhijab juga dengan fesyen terkini. kadang-kadang kalah pengantin. Nauzubillahminzalik semoga dijauhkan dari sikap Tabaruj ni. Tanpa sedar melawa berlebihan. Astaghfirullahalazim.
    Ruby recently posted…PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUSMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge