PdPR selepas Raya Aidilfitri 2021

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri.

PDPR Selepas Raya Aidilfitri 2021

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, manakala sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.

“Selepas raya ni kita tak tahu macam mana sambutan hari raya pada tahun ni. Jika kita tak tangani, melihat pada jumlah kes sporadik dalam masyarakat, melihat dalam kes kluster yang tak berkaitan dengan pendidikan pun yang besar. Kita khuatir bahawa berlaku jangkitan di luar sekolah.”

KPM mengumumkan perkara itu dengan lebih awal supaya guru mempunyai lebih masa serta kebebasan memilih kaedah pengajaran dan modul sesuai untuk PdPR. Sekolah dalam kumpulan A akan memulakan sesi PdPR pada 16 Mei hingga 27 Mei, manakala sekolah dalam kumpulan B pula pada 17 Mei hingga 28 Mei.

Jadual pdpr aidilfitri 2021

KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021. Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge