FA Facade featured

Nak mencari rumah yang terbaik untuk keluarga? Jom ke Eka Heights. Eka Heights ialah pembangunan rancak baharu yang meningkatkan pengalaman hidup moden. Terletak di sebelah barat Seremban, Eka Heights mendapat manfaat daripada sambungan laluan perjalanan yang hebat melalui laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA.

Lokasinya memang strategik dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV), sebuah kawasan hartanah yang sedang berkembang meluas dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Eka Heights mempunyai keluasan 371 ekar, merangkumi 10 presint rumah bersambung yang kesemuanya berjumlah 3,620 unit.

Eka Heights

Kemudahan di Eka Heights

Antara kelebihan utama Eka Heights ialah kemudahan yang disediakan. Setiap unit kediaman direka dengan teliti untuk memastikan keperluan penghuninya dipenuhi sepenuhnya. Dari bilik tidur yang selesa hingga ke ruang tamu yang luas, tiada kompromi dalam kualiti dan keselesaan penghuninya.

Tambahan pula, kemudahan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, arca, laluan refleksologi dan plaza jam matahari. Selain itu, kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menawan dan selamat untuk kanak-kanak. Sudah pastinya anda sekeluarga akan berasa selesa dan seronok tinggal di Eka Heights.

Di sekitar Eka Heights ini, ada Taman Magika seluas 15.5 ekar yang berlandskap rapi. Ia juga mempunyai tasik yang tenang dan pelbagai kemudahan kediaman kelas atas, memastikan gaya hidup yang lengkap untuk penduduk.

Facilities Playground
FA Facilities Guitar Gazebo
Lake GuitarDeck

Keselamatan dan Kemudahan di Eka Heights

Keamanan adalah salah satu keutamaan di Eka Heights. Dengan sistem keselamatan yang canggih termasuk kawalan akses 24/7 dan penjagaan keseluruhan kawasan, penghuni dapat berasa selamat dan aman setiap masa. Ini membolehkan mereka untuk menikmati kehidupan tanpa risau akan keselamatan diri dan harta benda mereka.

Jika nak bersantai bersama keluarga ataupun jiran tetangga, terdapat d’Tempat Country Club, kelab desa berorientasikan keluarga terbesar dan X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 34 ekar, ruang acara dan kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 10km jauhnya.

Selain itu, hab Pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 10KM. Hab komersil seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan Suriaman Biz terletak kurang daripada 10km jauhnya. Sementara itu, Masjid Sri Sendayan, sebuah mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan, juga terletak kurang daripada 10km pemanduan dari Eka Heights.

Baca juga : Keindahan dan Keselesaan Perumahan di Bayu Sutera

Facilities Sunken

Pelancaran Lumira

Untuk pelancaran akan datang, ini peluang anda untuk memiliki hartanah di Lumira Eka Heights. Untuk pengetahuan semua, kediaman Lumira ini merupakan kediaman dua tingkat yang mana ianya bersaiz 20’x70’ dan berkeluasan 1,607 kaki persegi.

Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang sesuai bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mementingkan keselesaan. Susun atur disesuaikan dengan ciri kediaman semua generasi seperti satu lagi bilik yang luas di tingkat bawah. Halaman di belakang luar yang luas sehingga 14 kaki, disediakan juga pondok rukun jiran tetangga untuk ketenangan jiwa.

Untuk keluasan porch rumah, boleh muatkan dua buah kereta tanpa masalah. Jadi sememangnya rumah di Lumira Eka Heights ini memang berbaloi dimiliki. Hanya dibina 193 unit dan harga bermula dari RM405,000.

FA Facade
FA ID

Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang di https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut!

Instagram @ matrix_concepts
Facebook @ matrixconceptshomes

#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts

8 Comments

  1. Tasik besar ni menarik, harap2 boleh pancing ikan la. layan petang ngan kopi.

  2. memang berbaloi kalau invest beli rumah kat sini

  3. lokasi cantik dah, harga pun masih mampu beli untuk semua golongan, pelan bandar pula serba lengkap, kira pilihan yang bijak kalau nak mendiami di EKA Heights ni

  4. terbaiklahh. ada kawasan perumahan baru naik lagi hehe

  5. Serius best kawasan nie. Dah la kemudahan banyak, sekolah dan lain-lain keperluan pun dekat je. Eh. Nak satu la

  6. Best betol la perumahan macam ni. moden, pastu kemudahan macam taman permainan dgn tempat jogging pun ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge