Bayaran Rayuan GKP 2.0 februari 2021

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
– PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
– PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau GKP Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Baca juga : GKP PERMAI RM1,000 Bantuan Tambahan untuk PKS

Geran Khas Tambahan RM1000

Sehubungan itu, mereka yang telah lulus dan gagal kredit Geran Khas Prihatin diminta untuk mengemaskini akaun bank. Individu yang perlu kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah:

  • Jika status pembayaran GKP 1.0 dan 2.0 adalah Gagal Kredit
  • Akaun bank bagi permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 sudah tidak aktif
  • Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
  • Pastikan nombor akaun bank masih AKTIF

Baca juga : Cara Rakyat Malaysia Dapat Menjana Pendapatan Sampingan Semasa PKP

Wang Bantuan

Individu yang perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP kini sudah boleh kemaskini dengan langkah berikut:

  1.  Pergi ke portal rasmi GKP di pautan https://gkp,hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk untuk kemaskini maklumat
  1. Masukkan ID Pengguna dan klik Semak
  2. Sahkan kata kunci keselamatan dan klik Ya
  3. Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk
  4. Pergi ke Menu Kemas Kini Akaun Bank
  5. Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif

Perlu diingatkan bahawa tempoh kemaskini maklumat akaun bank adalah bermula 15 Februari sehingga 15 Mac 2021. Pastikan isi maklumat yang betul dan tepat untuk memudahkan proses pembayaran nanti.

Tarikh pembayaran GKP Tambahan dijangka dibuat mulai Mac 2021 dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

3 Comments

  1. GKP tambahan….
    Cuba tunjukkan dimana tempat yg di warwarkan utk kemaskini maklumat akaun bank..jgn wowawowa je.. Celah mana menu kemaskini spt yg warwar tu.. Jgn tahu ckp je..segenap sudut di cari.. Memang takde smua tu..

  2. Klau terlupa kata laluan Dan soalan keselamatan macam mana? Apa perlu dibuat.. Sebab nak berhubung dengan lhdnm memang malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge