Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF ) menyediakan 21,000 naskhah al-Quran infak bernilai RM1 juta melalui Tabung Gerakan Al-Quran bagi membantu golongan mangsa banjir di bawah program Cuci, Pulih, Iqra’ 2.0.Pihak WUIF berharap agar al-Quran yang tenggelam akibat banjir segera digantikan dengan al-Quran baharu berserta terjemahan.

Sumbangan al-Quran tersebut diharapkan menjadi panduan dan sumber kekuatan dalaman bagi setiap keluarga terutama kalangan mereka yang menghadapi ujian banjir kini. Walaubagaimanapun, memandangkan agihan kali ini melibatkan beberapa negeri yang dilanda banjir berbanding fokus hanya di Kelantan pada banjir besar sebelum ini, WUI menjangkakan jumlah yang ada belum mencukupi.

WUIF menyeru lebih ramai yang tampil untuk bersama-sama menyumbang kepada infak al-Quran agar infak ke rumah-rumah, sekolah- sekolah tahfiz serta surau dan masjid mencapai sasaran sebanyak 50,000 naskhah bagi seluruh lokasi yang terjejas.

Bagi setiap lokasi terbabit, WUIF menawarkan 3 bantuan serta kerjasama iaitu:

1. Aktifkan Rumah Ngaji di lokasi tumpuan seperti surau atau masjid di bawah projek wakaf

2. Agihan al-Quran Infak: 1 Rumah 1 al-Quran di bawah projek infak

3. Sesi #QuranHour bersama penduduk di lokasi terbabitPihak WUIF juga mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelaraskan pengedaran al-Quran tersebut selagi stok infak masih ada.

Sumbangan al-Quran ini disertakan dengan ajakan untuk bersama mengikuti program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal anjuran WUIF seperti program harian My #QuranTime di TV AlHijrah, serta program mingguan serta bulanan secara atas talian di FB Quran Hour.

Sempena tahun baru 2022, WUIF akan melancarkan Misi Surah Al-Sajdah, untuk terus melahirkan masyarakat yang menjadikan al-Quran sebagai solusi dalam kehidupan. Program Cuci, Pulih, Iqra’ 1.0 (Surah Al-Balad) dijalankan ketika bah kuning di Kelantan pada 2014 dengan sumbangan RM1 juta al-Quran dari pihak Kumpulan Karangkraf.

Baca juga : Cara Yang Betul Lupuskan Al Quran Yang Rosak Akibat Banjir

Artikel berkaitan : 2 Buah Al-Quran Tak Basah, Rumah Tenggelam Banjir Hulu Langat

Orang ramai boleh membuat permohonan infak al-Quran anjuran WUIF di :

https://bit.ly/BorangInfakAlQuran

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan infak al-Quran, boleh salurkan di akaun :

Maybank Islamic : 564276516031

Warisan Ummah Ikhlas Foundation

Rujukan: Misi Banjir

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook World Quran Hour. Sekian, terima kasih.

Marhaini Yusoff

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF

HP: 0133593165

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge