Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan RM6.5 bilion akan digunakan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021. Ia akan memanfaatkan 8.1 juta orang, melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.
Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 dan sudah semestinya ramai yang ingin mengisi permohonan BPR 2021
Untuk makluman, BPR dan BSH adalah berbeza. Ada beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa.
Info Terkini : BPR 2021 Bermula 15 Januari 2021
PENAMBAHBAIKAN BPR BERBANDING BANTUAN SEBELUM INI
Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata ada beberapa penambahbaikan dibuat bagi program BPR berbanding bantuan sebelum ini, iaitu:
- Kategori umur penerima bujang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun
- Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
- Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,000
Kenaikan dari segi julat gaji isi rumah yang layak menerima BPR 2021 mengambil kira dari segi kaji selidik isi rumah tahun 2019 membabitkan golongan B40 atau berpendapatan rendah adalah hampir ke tahap RM5,000. Penambahbaikan membabitkan kategori bujang yang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun dan ke atas.
Mengambil kira keadaan semasa ekonomi sedang dilanda krisis Covid-19 dan isu aliran tunai, cabaran kos sara hidup yang dialami semua bukan hanya isi rumah tapi juga golongan bujang.
Baca juga : Semakan BPR 2021 : Cara Mohon dan Check Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021
KADAR BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Kadar bayaran BPR adalah mengikut kategori isi rumah dan bilangan anak.
Individu Bujang
Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 tahun. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.
Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2500
Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM1,200
- 2 orang anak atau lebih: RM1800
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ~ RM4000
Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM800
- 2 orang anak atau lebih: RM1200
Isi Rumah Pendapatan RM4001 ~ RM5000
Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM500
- 2 orang anak atau lebih: RM750
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
Menurut kenyataan Johan Mahmood, tarikh pembukaan permohonan kepada penerima baharu akan dibuka pada:
- Awal tahun depan dan selewat-lewatnya hujung Januari 2021
PERMOHONAN BARU BPR 2021
Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan. Bagi mereka yang layak tetapi belum berdaftar, pihak Kementerian Kewangan bercadang membuka untuk pendaftaran permohonan baharu pada awal tahun depan atau dijangka sebelum hujung Januari
Menurut makluman, pembayaran akan dibuat secara ansuran sebanyak dua kali. Walaubagaimanapun, sekiranya ada makluman baru mengenai permohonan BPR 2021, perkongsian akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Soalan Lazim
Bilakah permohonan BPR akan dibuka?
Pada penghujung bulan Januari 2021.
Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?
Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.
Sebagai penerima BSH adakah saya layak?
Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.
Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?
Belum diumumkan lagi. Sedang dikemaskini.
Duit
Sedap siapa dapat duit free ni. Bersyukurlah ada kerajaan sebaik ini hehe
Laila recently posted…Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
?
ingtkn byrn bln 1…
Zul Muhammad recently posted…Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Syarak dum sengini belum dapat mesej dari govern ldhn atau sejahteraan, akaun bank pun tak ada masuk duit pelah, sejak tahun lepas 2020 sampai sekini..nyadak nama dilulus tapi kadar kadar cukai lasih menambah sekali tempoh bsh dari kajang ada kedai, namapun saye org dekat sarawak den menyata ada hutang dengan ngam same keh perintah solaan bsn ataupun bpn or bpr late? Kuat kacao itu.