Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh bubar parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Bila tarikhnya? Saya dan presiden akan menentukan, tapi percayalah sikit lagi, tak lama. Presiden..  kita bincang cepat-cepat. Saya mendengar dengan jelas, Top Five semua ada di sini, Insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Presdien MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. 

tarikh bubar parlimen

Sementara itu, Ismail Sabri menyeru pemimpin parti itu termasuk Pemuda BN untuk menguasai peperangan secara maya dan menjawab segala tuduhan serta serangan pihak pembangkang kepada BN dan kerajaan yang dilemparkan di media sosial.

“Kelemahan kita sebelum PRU14 apabila kita tidak mampu menjawab isu-isu besar oleh pembangkang, dan pada kali ini mereka terus memainkan fitnah kepada pemimpin kita, BN dan kerajaan.

“Yang penting apabila Parlimen dibubarkan, apabila PRU15 diadakan kita mesti menang, itu paling penting dan kalau PRU15 diadakan dan kita tidak mampu menguasai kerusi untuk membentuk kerajaan, kita akan kembali seperti sebelum PRU14,” katanya.

Baca juga : Cara Tukar dan Daftar Kawasan Mengundi PRU

Ramai Tunggu Tarikh Bubar Parlimen

Ismail Sabri berkata pemimpin BN juga perlu mendekati pengundi muda dengan melaksanakan libat urus bagi mendapatkan sokongan mereka.

Kerajaan mampu menjaga kebajikan golongan muda dengan melaksanakan pelbagai insentif, termasuk Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 (M1) yang dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya ditakdirkan PRU15 diadakan hujung tahun ini meskipun beberapa negeri sering dilanda banjir dalam tempoh tersebut, jentera Pemuda gabungan politik itu tetap bersedia mengharunginya.

“Kita tahu ada kekangan, akhir tahun ini ada banjir, ada hujan lebat, ada monsun timur laut tetapi kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bubar masa banjir pun, kita sanggup redah banjir,” – Pengerusi BN

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge